fbpx
More

    8 anime yang membantu anda merasa tempoh PKP cuma sebentar sahaja!

    Dua minggu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sudah berlalu. Kini tibanya Hari Raya (gurauan semata-mata). Kini tibanya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua. Anda mungkin sudah cuba mengisi masa lapang di rumah sebaik mungkin dengan melihat filem-filem.

    Jika anda tidak pernah melihat anime, inilah masanya! Anda pasti ingin tahu apa yang digilai peminat anime sehingga sanggup menontonnya sehingga tamat memandangkan ada siri anime yang panjangnya sehingga bermusim-musim. Selain Naruto Shippuden atau Fullmetal Alchemist: Brotherhood, kami telah menyenaraikan beberapa lagi anime menarik yang anda boleh tonton!

    The Promised Neverland

    Siri ini mungkin kelihatan biasa pada pandangan pertama dengan penceritaan yang berkisar tentang beberapa anak yatim merancang untuk melepaskan diri daripada rumah penjagaan mereka. Jangan terkejut, setelah beberapa episod anda akan mula melihat elemen psikologikal seram.

    Seram bukan bermakna ada makhluk ghaib yang menjengah keluar untuk memeranjatkan anda, tetapi dengan membuatkan anda berasa kecut perut! Bukan itu sahaja, terdapat juga elemen menyedihkan dan banyak lagi!

    Sumber: AniplexUS

    Attack on Titan

    Jika anda penggemar anime aksi dalam dunia fantasi, anda perlu menonton kesemua musim (3 musim) Attack on Titan sehingga tamat! Siri anime aksi ini berkisar tentang kehidupan manusia yang dikelilingi tembok-tembok yang dibina berikutan ancaman humanoid yang menguasai manusia (dinamakan The Titan).

    The Titan yang memecahkan tembok perlindungan tersebut mencetuskan dendam yang akan dilunaskan oleh beberapa wira dalam siri ini! Untuk melangsaikan hutang dendam, wira-wira tersebut memasuki kumpulan tentera untuk menentang The Titan!

    Sumber: animelab

    Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba

    Siri ini agak terkenal dalam kalangan peminat anime, namun jika anda masih belum menontonnya, siri ini perlu masuk dalam senarai anime anda! Secara peribadi, kami sememangnya menyukai siri anime fantasi ini.

    Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba mengisahkan tentang keluarga yang musnah akibat serangan syaitan jahat. Kemusnahan keluarga ini hanya meninggalkan Tanjiro Kamado sebagai pembunuh syaitan dan adiknya (Nezuko). Apa yang menariknya, Nezuko seakan-akan separa manusia dengan bercirikan syaitan. Menarik bukan?

    Sumber: AniplexUS

    Kakegurui

    Anda juga tidak boleh memandang siri ini dengan sebelah mata! Bosan dengan siri anime dengan latar belakang persekolahan dan akhirnya jatuh cinta? Kakegurui adalah jawapannya. Hyakkaou Private Academy bukanlah sekolah biasa, tetapi prestasi pelajar di sekolah ini adalah berdasarkan kemahiran berjudi.

    Mungkin anda boleh belajar beberapa kemahiran bermain kad di sini? Apa pun, siri ini boleh ditonton di Netflix! Salah satu anime menarik yang perlu anda tonton.

    Sumber: Netflix

    Dr. Stone

    Siri pengembaraan yang berkisar selepas kejatuhan dunia sebagai satu-satunya barisan manusia yang hidup di Bumi adalah latar belakang Dr. Stone! Jika anda masih tidak tahu, beberapa eksperimen dalam siri sains fiksyen ini menggambarkan keadaan sebenar di Zaman Batu (termasuk teknologinya).

    Jangan risau kerana siri Dr. Stone sememangnya bergenre sains fiksyen, tetapi dengan selitan komedi untuk menghiburkan anda!

    Sumber: IGN

    Tokyo Ghoul

    Bersedia untuk hadapi dunia gelap dalam anime! Tokyo Ghoul membawa anda untuk mengenali dunia ghoul (boleh dikatakan hantu yang hidup sebagai manusia dengan darah dan daging sebagai sumber makanan). Apa pun, ini bukan zombi ya!

    Kaneki, ‘hero’ dalam filem ini adalah separa ghoul dan separa manusia. Kami menasihatkan anda untuk tidak terkejut dengan beberapa adegan dengan darah. Jika anda tidak boleh melihat darah yang banyak, anda tidak disarankan untuk menonton siri ini.

    Sumber: animelab

    Grave of the Fireflies

    Anime ini bukanlah bersiri, tetapi sebuah filem. Filem ini tidak seperti senarai anime-anime di atas kerana ia berkisar tentang zaman perang terdahulu di Jepun. Filem ini diklasifikasikan sebagai separa autobiografi, mengisahkan tentang Seita and Setsuko dalam mengharungi waktu terakhir Perang Dunia Kedua.

    Kami menasihatkan anda menyediakan tisu kerana air mata jantan juga boleh gugur! Apa pun, filem ini adalah filem di bahawa studio terkemuka, Studio Ghibli.

    Sumber: Madman Anime

    Spirited Away

    Mungkin anda sudah tahu mengenai Studio Ghibli yang sentiasa menghasilkan anime yang menarik untuk tontonan kita. Spirited Away adalah salah satu daripadanya! Filem ini mengisahkan seorang perempuan (Chihiro) yang dapat memasuki dunia Kami (dunia ghaib dalam agama Shinto).

    Jika anda melihat poster filem ini, anda dapat melihat imej khinzir. Haiwan tersebut sebenarnya adalah ibu bapa Chihiro yang ditukarkan menjadi khinzir oleh seorang ahli sihir. Adakah Chihiro dapat mengubah semuanya kembali kepada yang asal? Jom tonton!

    Sumber: Madman Anime

    Kami tahu anda mungkin ada beberapa senarai anime yang anda gemari. Senarai anime di atas adalah pilihan peribadi kami sahaja! Kami percaya anda semua mempunyai citarasa anime yang tersendiri. Anda ada cadangan lain? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini! Untuk mengisi masa lapang anda, anda juga boleh mencuba 8 game ‘co-op’ yang boleh dimainkan bersama rakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan, 12 ‘game’ Steam yang boleh dimainkan secara percuma sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan atau tonton ‘top movie’ tentang penularan virus, rasai pengalaman ‘real’! – Pilihan TechNave.

     

    Artikel Terkini

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Google Wallet perkenalkan senarai ‘Kaedah Pembayaran’ baharu

    Kemas kini terbaru kepada Google Wallet untuk Android memperkenalkan pendekatan yang lebih teratur dalam menguruskan kaedah pembayaran yang disimpan. Menu akaun kini...

    Jalan Sultan Ismail menjadi dua hala, kurangkan kesesakan lalu lintas

    Sekurang-kurangnya 20 anggota Polis Kuala Lumpur telah ditempatkan untuk mengawal lalu lintas susulan penukaran jalan satu hala kepada dua hala di Jalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X