More

    Kerajaan peruntukkan RM725 juta untuk luaskan liputan internet negara

    Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memberi tumpuan terhadap kerja menaik taraf dan meningkatkan pencapaian internet di seluruh negara, seperti yang telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini.

    Timbalan Menteri KKD Teo Nie Ching berkata Belanjawan itu telah memperuntukkan sebanyak RM725 juta dan akan digunakan untuk mempercepatkan kerja menaik taraf atau melaksanakan projek ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan 3,700 buah sekolah.

    Menurutnya, terdapat tiga atau empat lagi kawasan yang masih belum mendapat liputan internet setakat ini.

    Dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada hari Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai usaha membantu rakyat dalam mendapatkan akses kepada internet yang stabil.

    Setakat 31 Disember 2022, Digital Nasional Berhad (DNB) melaporkan bahawa rangkaian 5G kebangsaan telah pun mencapai lebih 40% liputan di kawasan berpenduduk. DNB juga mencatatkan kadar pembinaan infrastruktur 5G yang lebih tinggi berbanding banyak negara di Asia Tenggara.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured