More

    Liputan rangkaian 5G bakal menjangkau 40% kawasan Malaysia pada akhir 2022

    Syarikat prasarana rangkaian 5G kebangsaan Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan bahawa pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia akan siap lebih awal daripada yang dijadualkan untuk sasaran tahun ini, di mana rangkaian itu bakal menjangkau 40% liputan di kawasan berpenduduk (coverage of populated areas, COPA) pada 31 Disember 2022.

    Liputan ini bersamaan dengan 14 juta penduduk di lokasi rangkaian yang telah ditetapkan. 40% COPA ini dicapai dengan pembinaan 3,500 tapak iaitu lebih rendah berbanding 4,018 tapak yang dirancang sebelum ini.

    Pengurangan jumlah tapak ini berpunca daripada masalah rantaian bekalan pada awal tahun 2022 serta kelewatan dalam mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan khasnya di Selangor dan Sarawak. Masalah ini telah pun selesai dan rangkaian DNB akan diteruskan secara progresif pada 2023.

    Buat masa ini, rangkaian 5G tersedia di hampir keseluruhan Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Selangor, serta kawasan-kawasan utama di Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

    Lima operator rangkaian mudah alih (Mobile Network Operators, MNO) sudah pun menyediakan perkhidmatan 5G kepada para pelanggannya iaitu Celcom, Digi, TM, U Mobile dan YES. Maxis pula masih belum mendapat akses perkhidmatan 5G kerana mereka masih menunggu kelulusan daripada para pemegang saham untuk melaksanakan Perjanjian Akses 5G, yang dijangka berlangsung pada Januari 2023.

    DNB turut melaporkan bahawa bilangan pengguna 5G kini semakin meningkat, di mana pada 30 November 2022, mereka mencatatkan 56,000 pengguna serentak yang menggunakan kapasiti data sebanyak 146TB. Rangkaian 5G menawarkan purata kelajuan muat turun 394Mbps, jauh lebih tinggi daripada purata kelajuan 4G yang sekadar 35Mbps.

    Untuk tahun-tahun hadapan, DNB merancang untuk meluaskan rangkaian 5G sehinga 80% COPA pada 2024 atau lebih awal, bersamaan dengan 30 juta penduduk. Ini juga bermaksud bahawa Malaysia adalah antara negara dengan kadar terpantas dalam pembinaan prasarana 5G, meskipun pembinaannya bermula lebih lambat berbanding negara-negara jiran.

    Carta untuk kadar pelaksanaan rangkaian 5G di beberapa negara termasuk Malaysia

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured