More

    Rekaan HUAWEI P60 ditunjukkan secara rasmi sebelum pelancaran pada 23 Mac 2023

    HUAWEI bakal melancarkan telefon pintar kelas andalan, HUAWEI P60, pada hari Khamis, 23 Mac 2023 di China. Beberapa hari sebelum pelancarannya, HUAWEI telah berkongsi poster yang menunjukkan rekaan telefon tersebut dari bahagian belakang.

    Poster tersebut menunjukkan permukaan belakang HUAWEI P60 yang bakal mempunyai corak batu marmar putih dan menimbulkan penampilan yang sangat mewah.

    Selain itu, ia juga mempunyai rekaan bonggol kamera yang sangat unik, dengan satu lensa besar di bahagian tengah untuk kamera utama serta dua lensa kecil untuk kamera ultra-lebar dan kamera zum periskop. Bentuk bonggol kamera ini sangat berbeza dengan siri HUAWEI P50 dan HUAWEI P40.

    Rekaan ini bertepatan dengan lakaran HUAWEI P60 yang tertiris sebelum ini. Poster tersebut tidak menunjukkan telefon itu daripada sudut berlainan, jadi susah untuk kita nilai sejauh manakah ketebalan bonggol kamera HUAWEI P60.

    Sebuah logo XMAGE turut tertera pada bonggol kamera untuk melambangkan teknologi pemprosesan fotografi oleh HUAWEI, manakala logo HUAWEI terdapat pada bahagian bawah kiri.

    Spesifikasi yang dikhabarkan untuk HUAWEI P60 termasuklah skrin OLED BOE berukuran 6.6 inci dengan resolusi 2K, cipset Snapdragon 8 Gen 2, kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX888, kamera ultra-lebar 50MP dengan sensor Sony IMX858 dan kamera telefoto 64MP yang menawarkan zum optikal sebanyak 3.5x.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI P60 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured