More

    HUAWEI Mate X3 dilancar: Cipset SD 8+ Gen 1, paparan Kunlun dan bateri 4,800mAh bermula ~RM8,419

    Selain siri Huawei P60, HUAWEI turut melancarkan telefon pintar lipat Mate X3 di China. Ia mempunyai reka bentuk baharu yang dikemas kini yang kelihatan hampir seperti telefon pintar biasa. 

    Dengan berat 239g, HUAWEI mengatkan Mate X3 lebih ringan dan nipis daripada kebanyakan telefon pintar standard. Ia mempunyai mekanisme engsel titisan dwi-putaran baharu dan menggunakan perlindungan kaca Kunlun pada paparan luaran dan paparan dalaman. Selain itu, paparan menyokong penarafan IPX8 dan tidak meninggalkan kesan cap jari.

    Seperti siri HUAWEI P60, Mate X3 juga mempunyai sokongan satelit Beidou. Pengguna telefon ini juga boleh menghantar mesej dan maklumat lokasi di lokasi terpencil. Ia dilengkapi dengan pek bateri 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W, pengecasan wayarles 50W dan pengecasan terbalik wayarles 7.5W.

    Daripada segi kamera pula, terdapat tri-kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP + lensa ultra lebar 13MP + lensa periskop 12MP. Seperti biasa, perisian kamera menggunakan sistem pengkomputeran XMAGE untuk menghasilkan kualiti imej yang terbaik. Selain itu, Mate X3 menampilkan cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1.

    Walaupun tiada berita mengenai pelancaran HUAWEI Mate X3 untuk pasaran Malaysia, syarikat itu mendedahkan harga untuk setiap model:

    • 256GB – 12999 Yuan (~RM8,419)
    • 512GB – 13999 Yuan (~RM9,066)
    • 1TB – 15999 Yuan (~RM10,362)

    Sekiranya ia tiba di Malaysia, julat harga peranti ini mungkin bermula daripada RM8,500. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured