More

    HUAWEI MatePad 11 2023 dilancar: SD 870, LCD IPS 11″ 120Hz dan bateri 7,250mAh bermula ~RM1490

    Selain melancarkan siri P60, HUAWEI turut melancarkan beberapa produk baharu di China termasuk HUAWEI MatePad 11 versi 2023. Salah satu ciri istimewa tablet ini ialah ianya menampilkan skrin yang membuatkan pengguna mencatat nota seperti menulis di atas kertas.

    Untuk spesifikasi, ia hadir dengan panel LCD IPS 120Hz 11 inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel. HUAWEI mengatakan bahawa panel itu sebagai skrin cahaya lembut “sensitif kertas” yang tidak memantulkan cahaya. Panel ini mengurangkan 97 peratus sebarang cahaya yang mengganggu dalam persekitaran.

    Selain itu, HUAWEI menjanjikan pengalaman tulisan tangan yang dipertingkatkan pada tablet dengan stilus M-Pencil yang mempunyai kependaman 2ms ultra-rendah dan mata pen menggunakan elastomer nilon. Selain itu, paparan juga menampilkan pensijilan tidak reflektif Rhine, pensijilan emas penjagaan visual rendah SGS dan pensijilan Rhine berganda.

    MatePad 11 2023 dilengkapi oleh cipset Qualcomm Snapdragon 870 yang dipasangkan dengan RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Ia juga dilengkapi dengan bateri 7,250mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 22.5W.

    Tablet ini beroperasi pada HarmonyOS 3.1 yang mempunyai ekosistem perisian yang lebih profesional seperti WPS peringkat PC, nota HUAWEI, komunikasi berbilang peranti dan banyak lagi. Spesifikasi lain termasuk empat pembesar suara, susunan antena WiFi yang dipatenkan HUAWEI dan pilihan warna iaitu Obsidian Black, Island Blue, Crystal White atau Streamer Purple.

    Harga untuk HUAWEI MatePad 11 2023 bermula RMB2299 (~RM1490) untuk varian 6GB/128GB bagi skrin biasa manakala varian dengan skrin lapisan matte akan berharga RMB2999 (~RM1943) untuk varian 8GB/128GB. Tiada maklumat mengenai ketersediaan di Malaysia diketahui setakat ini.

    Jadi, apakah pendapat anda tentang tawaran tablet terbaru HUAWEI? Beritahu kami di Facebook jika anda berminatnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured