More

    Super Brand Day vivo V27 tawarkan hadiah percuma dan cabutan bertuah sehingga 9 April ini

    Dengan pelancaran vivo V27 5G pada minggu lepas, vivo kini mengadakan Hari Jenama Super vivo V27 di Blue Concourse, Sunway Pyramid dari 5 hingga 9 April 2023.

    Jerayawara Superday menawarkan hadiah percuma dengan pembelian vivo V27 5G termasuk beg tote, pin tambah nilai TnG RM50, barangan FIFA dan PWP 50% untuk TWS Air. Anda juga boleh menikmati penjimatan sehingga diskaun RM500 dengan mendaftar untuk pakej RedOne dalam tempoh ini serta menukar beli peranti anda kepada teknologi terkini.

    Anda juga berpeluang untuk menang daripada kumpulan hadiah sehingga RM12,500 dalam cabutan bertuah dan sertai HOCO D.I.Y untuk mencipta sarung telefon tersuai pada 8 hingga 9 April 2023. Selain itu, anda boleh menebus beg hadiah Ramadan eksklusif dari jam 6 petang hingga 7 malam pada tarikh yang sama.

    Terdapat pelbagai aktiviti lain turut disediakan seperti bengkel fotografi dan pengalaman menukar warna telefon dari 2 petang hingga 3 petang. Seorang jurugambar terkenal, Najumuddin Muif turut dijemput untuk berkongsi nasihat fotografi yang berguna dengan rakyat Malaysia dari jam 3 petang hingga 4 petang. Anda boleh menempah tempat anda untuk kelas fotografi di sini.

    Ketahui lebih lanjut mengenai peranti vivo yang lain di halaman Facebook vivo Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...