fbpx
More

    Kompilasi pelancaran telefon pintar Mac 2020: 25 peranti dari kelas permulaan hingga ke kelas ‘flagship’

    Satu-satunya perkara yang menarik pada bulan Mac 2020 adalah pelancaran telefon pintar yang masih berlangsung seperti yang kita dapat lihat. Bulan Mac sudah meninggalkan kita. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk menelusuri pelancaran-pelancaran yang lepas. Pada pandangan anda, berapakah pelancaran telefon pintar yang telah dibuat? 5 model? Mungkin 10?

    Terdapat 25 telefon pintar yang telah dilancarkan pada bulan Mac 2020! Jumlah yang banyak ini terdiri daripada pelbagai kelas bermula daripada peranti kelas permulaan, kelas pertengahan dan seterusnya kelas flagship. Dalam kompilasi ini, kami telah menyenaraikan 25 peranti yang telah dilancarkan dan maklumat ringkas berkenaannya. Untuk pengetahuan anda, anda boleh klik pada setiap nama telefon pintar di tajuk-tajuk kecil di bawah untuk melihat spesifikasinya!

    #1 Huawei Enjoy 10E

    Peranti kelas permulaan yang sangat berpatutan dengan spesifikasi yang agak baik, tetapi mungkin tidak akan hadir ke Malaysia.

    #2 OPPO Reno 3 Pro

    Peranti tahap flagship dengan harga seksi, bernilai untuk dipertimbangkan!

    • Tarikh pelancaran: 2 Mac 2020
    • Dilancarkan di: India
    • Harga: Bermula dengan Rs 29990 (~RM1745)
    • Kelas: Flagship
    • Artikel pelancaran

    #3 realme C3

    Jika anda sedang mencari telefon pintar asas, peranti ini mungkin boleh dipertimbangkan.

    • Tarikh pelancaran: 3 Mac 2020
    • Dilancarkan di: Malaysia
    • Harga: RM499
    • Kelas: Permulaan
    • Artikel pelancaran

    #4 Siri Black Shark 3

    Peranti yang perlu didapatkan jika anda inginkan telefon pintar gaming yang tidak memerlukan anda pecah tabung.

    • Tarikh pelancaran: 3 Mac 2020
    • Dilancarkan di: China
    • Harga: 3499 RMB (~RM2108)
    • Kelas: Flagship
    • Artikel pelancaran

    #5 OPPO A31

    Agak berprestasi untuk sesiapa yang inginkan peranti kelas permulaan, dengan harga yang agak tinggi daripada peranti kelas permulaan biasa.

    • Tarikh pelancaran: 6 Mac 2020
    • Dilancarkan di: Malaysia
    • Harga: RM699
    • Kelas: Permulaan
    • Artikel pelancaran

    #6 OPPO Find X2 Pro

    Reka bentuk, ciri dan perkakas yang menarik – jika gaya adalah pilihan anda, siri Find X2 mungkin bersesuaian dengan anda.

    • Tarikh pelancaran: 10 Mac 2020
    • Dilancarkan di: Malaysia
    • Harga: RM3,999
    • Kelas: Flagship
    • Artikel pelancaran

    #7 vivo NEX 3S

    Pilihan peranti flagship untuk pembenci peranti bertakuk.

    #8 vivo V19

    Pilihan peranti kelas pertengahan yang agak baik dengan kamera yang baik dan spesifikasi yang ‘OK’.

    • Tarikh pelancaran: 10 Mac 2020
    • Dilancarkan di: Indonesia
    • Harga: IND4299000 (~RM1270)
    • Kelas: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    #9 Samsung Galaxy A01

    Telefon untuk atuk nenek di kampung supaya boleh berhubung.

    • Tarikh pelancaran: 12 Mac 2020
    • Dilancarkan di: Malaysia
    • Harga: RM449
    • Kelas: Permulaan
    • Artikel pelancaran

    #10 Siri Redmi Note 9 Pro

    Kamera fon yang boleh disambar jika anda sedang dalam mod bajet.

    • Tarikh pelancaran: 12 Mac 2020
    • Dilancarkan di: India
    • Harga: Rs 12999 (~RM745)
    • Kelas: Permulaan
    • Artikel pelancaran

    #11 Nubia Red Magic 5G

    Peranti gaming dengan kipas di dalamnya. Hebat kan?

    • Tarikh pelancaran: 12 Mac 2020
    • Dilancarkan di: China
    • Harga: RMB 3799 (~RM2303)
    • Kelas: Flagship
    • Artikel pelancaran

    #12 Wiko View4 Lite

    Mampukah peranti RAM 2GB ini beroperasi dengan Android 10?

    #13 realme 6i

    Peranti kelas permulaan atasan dengan sedikit kuasa lebih untuk menangani aplikasi kegemaran anda.

    • Tarikh pelancaran: 18 Mac 2020
    • Dilancarkan di: Myanmar
    • Harga: Bermula dengan 249900 kyats (~RM758)
    • Kelas: Permulaan
    • Artikel pelancaran

    #14 OPPO A91

    Seperti peranti pertengahan di antara kelas permulaan dan kelas pertengahan, sesuai untuk sesiapa yang mempunyai bajet lebih.

    • Tarikh pelancaran: 18 Mac 2020
    • Dilancarkan di: Malaysia
    • Harga: RM999
    • Kelas: Permulaan
    • Artikel pelancaran

    #15 Samsung Galaxy M21

    Bateri besar dan kamera baik dengan harga berpatutan, menarik!

    #16 Nokia 8.3 5G + Nokia 5.3 + Nokia 1.3 + Nokia 5310

    Terdapat banyak pilihan termasuklah peranti klasik dengan papan kekunci!

    • Tarikh pelancaran: 20 Mac 2020
    • Dilancarkan di: Eropah
    • Harga: Bermula dengan 39 Euro (~RM183)
    • Kelas: Permulaan, pertengahan
    • Artikel pelancaran

    #17 Samsung Galaxy S20 Plus 5G Edisi Olimpik

    Olimpik Tokyo masih belum dilangsungkan, apa salahnya mencuba.

    #18 Samsung Galaxy M31

    Abang kawasan Galaxy M21 dengan prestasi baik.

    • Tarikh pelancaran: 20 Mac 2020
    • Dilancarkan di: Malaysia
    • Harga: RM1099
    • Kelas: Permulaan
    • Artikel pelancaran

    #19 realme 6

    Paparan 90Hz pada telefon pintar kelas permulaan? Tak masuk akal!

    • Tarikh pelancaran: 22 Mac 2020
    • Dilancarkan di: Malaysia
    • Harga: RM999
    • Kelas: Permulaan
    • Artikel pelancaran

    #20 Redmi Note 9S

    Tengok! Kamera fon dengan harga yang tak koyak!

    • Tarikh pelancaran: 23 Mac 2020
    • Dilancarkan di: Malaysia
    • Harga: Bermula dengan RM799
    • Kelas: Permulaan
    • Artikel pelancaran

    #21 Siri Redmi K30 Pro

    Varian dengan panel belakang lutsinar menarik, tetapi tak pasti jika saya sanggup membayarnya.

    • Tarikh pelancaran: 24 Mac 2020
    • Dilancarkan di: China
    • Harga: Bermula dengan RMB 2999 (~RM1881)
    • Kelas: Flagship
    • Artikel pelancaran

    #22 Siri Huawei P40

    Mungkin kamera fon terbaik yang tersedia setakat ini.

    • Tarikh pelancaran: 26 Mac 2020
    • Dilancarkan di: Eropah, Malaysia pada 2 April 2020
    • Harga: Bermula dengan RM2,799
    • Kelas: Flagship
    • Artikel pelancaran

    #23 Siri Xiaomi Mi 10

    Membawakan sokongan 5G dengan harga lebih rendah kepada anda.

    • Tarikh pelancaran: 27 Mac 2020
    • Dilancarkan di: Eropah
    • Harga: Bermula dengan 349 Euro ( ~RM1663)
    • Kelas: Flagship
    • Artikel pelancaran

    #24 HONOR 30S, HONOR 9A

    Kelas pertengahan yang boleh menangani pelbagai fungsi.

    • Tarikh pelancaran: 30 Mac 2020
    • Dilancarkan di: China
    • Harga: Bermula dengan 899 yuan (RM550)
    • Kelas: Pertengahan
    • Artikel pelancaran HONOR 30S, HONOR 9A

    #25 Samsung Galaxy M11

    Pilihan untuk anda yang inginkan peranti ringkas tanpa perkakas mahal.

    Itulah dia 25 telefon pintar yang dikeluarkan pada Mac 2020! Melalui pilihan yang banyak ini, pastinya terdapat beberapa yang menepati citarasa anda. Beritahu kami jika ada peranti yang tertinggal dalam senarai ini di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini!

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X