fbpx
More

    OPPO jelaskan bagaimana OPPO Find N2 Flip tawarkan mekanisme telefon lipat paling kukuh

    OPPO Find N2 Flip merupakan telefon lipat cangkerang (clamshell) pertama daripada OPPO dan ia menawarkan ciri-ciri yang sangat menarik untuk telefon kategori ini, seperti skrin luaran yang lebih besar berbanding pesaingnya dan engsel kukuh yang boleh ditahan pada sebarang sudut lipatan.

    Dalam mencipta Find N2 Flip, para jurutera OPPO mengetengahkan ketahanan lipatan (folding reliablity) untuk telefon ini, yang bermaksud skrinnya boleh dilipat dengan mekanisme yang kukuh dan kompak, manakala garis lipatan pada skrin tidak nampak dengan begitu jelas. Berikut adalah penjelasan tentang bagaimana Find N2 Flip boleh menawarkan ketahanan lipatan tertinggi untuknya:

    Besi SUS Steel untuk struktur kukuh

    Untuk mencapai ketahanan lipatan yang tinggi, OPPO memperkenalkan teknik pengilangan besi fleksibel SUS Steel yang dibuat daripada besi tahan karat. Besi SUS ini bukan sahaja boleh menyediakan struktur yang kukuh, malah ia boleh dilentur (malleable) untuk menghasilkan rekaan unik yang diperlukan dalam Find N2 Flip.

    Reticular Matrix Plate dalam Find N2 Flip
    Bentuk titisan air di lipatan skrin Find N2 Flip

    Untuk skrinnya yang boleh dilipat, OPPO menggunakan struktur lapisan skrin Reticular Matrix Plate bagi menghasilkan skrin yang fleksibel namun boleh tahan lama. Apabila skrin ini dilipat, ia akan menghasilkan bentuk titisan air di engsel telefon dan memulakan proses goresan (etching process).

    Proses goresan ini mencipta banyak rongga kecil dalam besi SUS dan sebuah material plastik lembut polyethylene terephthalate akan disuntik ke rongga-rongga tersebut dan ruang titisan air yang dicipta oleh skrin. Proses goresan ini berlaku pada kedua-dua belah skrin dan membenarkan skrin untuk mengekalkan fleksibiliti tanpa mengorbankan ketahanan lipatan.

    Engsel yang diuji secara intensif untuk ketahanan lama

    Find N2 Flip diuji dalam suhu serendah -20ºC

    Engsel Find N2 Flip telah diuji oleh TÜV Rheinland untuk melepasi ketahanan sebanyak 400,000 lipatan. Ia juga telah diuji dalam julat suhu 50ºC sehingga -20ºC serta kelembapan 95% untuk memastikan ketahanan dalam pelbagai persekitaran.

    Dengan pembinaan gelendong (spindle) 1/4 pada engselnya, ia membenarkan skrin Find N2 Flip untuk mengekalkan sudut lipatannya di antara 45º dan 110º.

    Apabila anda membuka skrin telefon, engselnya akan memberikan rintangan yang mencukupi supaya anda boleh rasa kekukuhan Find N2 Flip. Ia dibina dengan gentian karbon komposit kekuatan tinggi serta aloi MIM bertaraf aeroangkasa yang lebih kukuh sebanyak 33% berbanding generasi sebelumnya.

    Rekaan gelendong pada engsel Find N2 Flip
    Perbezaan saiz di antara engsel generasi sebelumnya (kiri) dan engsel Find N2 Flip (kanan)

    Engsel ini membenarkan skrin dan Reticular Matrix Plate untuk dilipat ke dalam bentuk titisan air, lantas menghilangkan sebarang ruang (gap) di antara dua bahagian skrin yang dilipat. Ini juga akan membuatkan garis lipatan pada skrinnya nampak lebih halus dan tidak mengganggu pengguna.

    Lipatan skrin yang tidak mempunyai ruang ini juga bermaksud skrin Find N2 Flip akan dilindungi daripada sebarang habuk atau debu yang boleh merosakkan skrinnya.

    Jika anda berminat untuk memiliki OPPO Find N2 Flip, jangan lupa untuk baca ulasan kami tentangnya, di mana kami amat menggemari fungsi dan spesifikasi yang ditawarkan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh OPPO Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Siri iQOO Z9 5G dilancar di Malaysia: SD 7 Gen 1 & bateri 6,000mAh...

    Seperti khabar angin sebelum ini, iQOO Malaysia telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu iQOO Z9 5G...

    KWSP umumkan Akaun 3, penstrukturan semula bermula 11 Mei 2024

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk mendedahkan Akaun 3 atau akaun Fleksibel pada 25 April hari ini, menandakan penstrukturan semula yang...

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured