More

    Pasukan PUBG MOBILE Malaysia berjaya raih pingat gangsa di Sukan SEA ke-32

    Pasukan PUBG MOBILE Malaysia 1 membawa pulang gangsa pada Sukan SEA ke-32 2023 yang berlangsung di Kemboja. Pencapaian ini menandakan kali kedua berturut-turut pasukan Malaysia membawa pulang pingat berikutan kejayaan mereka dalam Sukan SEA 2022 yang berlangsung di Hanoi.

    Pasukan itu terdiri daripada Damrude (Mohd Irzam Aman Bin Mohd Zaini), Uhigh (Muhammad Dhiya Ulhaq Bin Mohd Arasz), Mica (Muhammad Daim Rosli), Snipes (Mohamad Nabil bin Nazaruddin), Stuxnet (Nadzrul Abdul Sagal) bersama jurulatih mereka, Pasha (Muhammad Nur Azmi Mohammed Halim) dan penganalisis, Khairul Afiq Kamarulzaman.

    Mereka berjaya mengekalkan kedudukan kukuh dalam empat teratas sepanjang acara itu dan akhirnya berjaya memenangi pingat gangsa dalam perlawanan terakhir mereka menentang pasukan Vietnam 2 dengan jumlah markah akhir sebanyak 145 mata. Pasukan yang membawa pulang emas dan perak ialah pasukan Indonesia 2 dan pasukan Vietnam 1.

    Pasukan Malaysia 1 dinyatakan sebagai barisan terkuat di Malaysia dengan kepulangan Uhigh dari BTR (Indonesia) kembali mewakili Malaysia buat kali kedua bersama ahli Geek Slate. Turut mewakili Malaysia ialah bekas pemenang pingat gangsa Sukan SEA Jumper (Muhammad Izzrudin Hashim) dan FlaxOP (Muhammad Farish Husaini) bersama Echo (Ahmad Aiman Ahmad Mahadzir), Oliyo (Mohamad Azli Amran), YeN (Muhammad Syazwan Adrian Mohd Sani) serta jurulatih Mosgoku (Mosleh Subairi), yang menduduki tempat ke-11.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured