More

    Lebih 88,000 rakyat Malaysia buat pinjaman GOpinjam, jumlah keseluruhan RM91.1 juta

    Sebanyak 88,620 individu telah membuat pinjaman melalui inisiatif GOpinjam berjumlah RM91.1 juta sehingga akhir Mac 2023. Menurut Kementerian Kewangan (MoF), daripada jumlah itu, 55% adalah belia di bawah umur 30 tahun dengan purata pinjaman yang diberikan berjumlah RM1,500 seorang.

    Kementerian menjawab soalan Rodiyah Sapiee (Batang Sadong-GPS) yang bertanyakan mengenai jumlah peminjam dan purata jumlah pembiayaan diluluskan yang dipohon oleh orang ramai khususnya belia dalam membuat pinjaman peribadi secara terus dengan institusi bukan kewangan seperti sebagai Shopee, TNGeWallet (GOpinjam) dan BigPay.

    Dalam jawapan bertulis kepada soalan lisan semasa persidangan Dewan Rakyat pada 13 Jun yang disiarkan di laman web Parlimen semalam, MOF berkata GOpinjam ialah pinjaman peribadi jangka pendek yang dibangunkan oleh CIMB Bank Bhd dengan kerjasama rakan kongsinya TNG Digital Sdn Bhd (TNGD).

    Menjawab soalan berkaitan pemantauan MoF supaya pinjaman peribadi yang mudah lulus ini tidak menjerat peminjam dengan bebanan hutang yang tinggi, kementerian berkata semua institusi kewangan dikehendaki mematuhi keperluan yang digariskan oleh Bank Negara Malaysia bagi memastikan layanan adil terhadap pengguna dan melindungi pengguna daripada bebanan hutang yang berlebihan serta kesukaran kewangan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured