fbpx
More

    Apple iPhone 15 mungkin gunakan cip UWB untuk tingkatkan pengalaman pengguna Vision Pro

    Menurut Ming-Chi Kuo kali ini, barisan iPhone akan datang dijangka menampilkan cip jalur lebar ultra (UWB/ Ultra-Wideband) baharu yang dinaik taraf untuk meningkatkan pengalaman penggunaan dengan set kepala Vision Pro.

    Beliau turut menyatakan cip U2 akan beralih daripada 16nm (pada U1) kepada 7nm untuk meningkatkan prestasi dan penggunaan kuasa. Untuk pengetahuna anda, cip U1 Apple boleh didapati dalam siri Apple Watch 6 dan lebih baharu, mini HomePod, HomePod gen kedua, sarung AirPods Pro baharu dan dalam AirTags.

    Seterusnya, dikatakan juga siri iPhone 16 tahun depan akan melonjak ke Wi-Fi 7 sebagai satu inisiatif untuk menjadikan Vision Pro berfungsi dengan lebih baik dengan iPhone. Wi-Fi 7 mendayakan tahap kependaman yang jauh lebih baik dan responsif dalam kandungan VR dan AR.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ulasan HONOR 200 Pro – Telefon ‘power’ setanding ‘flagship’

    Siri HONOR 200 telah dilancarkan membawa dua jenis varian iaitu HONOR 200 dan HONOR 200 Pro. Di sini, saya akan mengulaskan varian...

    Kerajaan sasar ekonomi digital menyumbang 25.5% kepada KDNK pada 2025

    Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo mendedahkan bahawa kerajaan menyasarkan ekonomi digital menyumbang 25.5% kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Malaysia menjelang...

    Galaxy Unpacked: Pelancaran Galaxy AI dan peranti baharu pada 10 Julai 2024

    AI Galaxy bakal tiba menjanjikan untuk merevolusikan pengalaman mudah alih pada era terkini. Inovasi terbaru Samsung yang membawa AI Galaxy akan meningkatkan...

    ChatGPT kini tersedia pada beberapa model Volkswagen

    ChatGPT kini tersedia pada banyak model Volkswagen termasuk semua kenderaan dalam siri elektrik ID, Golf baharu, Tiguan dan Passat. Integrasi ini hanya...

    Video promosi dedahkan CMF Phone 1 hadir dengan plat belakang yang boleh ditanggal

    CMF Phone 1 oleh Nothing dijangka akan dilancarkan dengan sistem tambahan suai iaitu Nothing Lock, seperti yang didedahkan dalam video terbaru yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X