fbpx
More

    OnePlus Nord Buds 2r dilancar di Malaysia, miliki pemacu 12.4mm berharga Rm299

    Di samping OnePlus Nord 3 5G baharu, OnePlus turut melancarkan sepasang fon telinga wayarles mampu milik baharu Nord Buds 2r. Nord Buds 2r memuatkan set pemacu 12.4mm dan Sistem Penyamaan Induk (Master Equalization) yang mempunyai pilihan pratetap profil bunyi manakala Penala Audio Dirac memastikan aliran isyarat stabil dan jelas.

    Fon telinga wayarles ini menyokong mikrofon dwi pembatalan hingar AI yang menghasilkan panggilan dengan suara yang jelas dan mempunyai mod ambien supaya anda boleh mendengar dengan jelas.

    Daripada segi hayat bateri, ia boleh bertahan sehingga 8 jam untuk satu cas penuh dan 38 jam jika termasuk bekas pengecasan. Penarafan IP55 memastikan peranti ini selamat daripada habuk dan air.

    Nord Buds 2r hadir dengan jaminan 1 tahun dan penggantian dengan set baharu jika ia rosak. Ciri yang mendapat sorotan termasuk Mod Permainan 94ms dan Google Fast Pair serta berharga RM299.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Anda boleh keluarkan maksimum RM250 sahaja dari KWSP Akaun 3 jika anda tidak laksanakan...

    Bermula 11 Mei sehingga 31 Ogos 2024, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menetapkan jumlah wang yang ingin dipindahkan kepada Akaun...

    AEON Bank akan dilancar pada 26 Mei 2024 sebagai bank digital Islamik pertama di...

    Sejak 2022, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberikan lesen perbankan digital kepada lima bank digital yang beroperasi dalam negara dan salah satu...

    Sony Xperia 1 VI akan utamakan prestasi zum, mungkin sehingga 7x

    Sony bakal melancarkan siri telefon pintar Sony Xperia 1 VI di Jepun pada hari Rabu, 15 Mei 2024 jam 5:00 petang waktu...

    Kementerian Pengangkutan tidak pernah benarkan sistem bidaan harga untuk “e-hailing”

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kementeriannya tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi pengangkutan seru pandu (e-hailing) untuk menawarkan sistem bidaan harga kepada...

    iPhone 16 Pro akan mempunyai skrin 20% lebih cerah

    Menurut khabar angin terbaharu, iPhone 16 Pro yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini akan mempunyai peningkatan kecerahan paparan sehingga 20% berbanding...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X