More

    KKD: Rakyat Malaysia rugi RM302 juta kerana ditipu di Facebook dan Instagram

    Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching berkata rakyat Malaysia mengalami kerugian mencecah RM302 juta kerana menjadi mangsa penipuan dalam talian menerusi platform media sosial Facebook dan Instagram untuk tempoh 2021 hingga Jun 2023.

    Kerugian tersebut melibatkan RM232 juta di Facebook, terdiri daripada RM80 juta pada 2021, RM92 juta pada 2022 dan RM60 juta pada tahun ini setakat bulan Jun.

    Di Instagram pula, jumlah kerugian mencecah RM70 juta yang terdiri daripada RM20 juta pada 2021, RM25 juta pada 2022 dan RM25 juta untuk tahun ini setakat bulan Jun. Ini bermaksud dalam tempoh enam bulan untuk tahun 2023 sahaja, jumlah kerugian sudah setaraf dengan jumlah kerugian untuk keseluruhan tahun 2022.

    Teo mengatakan pihaknya telah pun bertemu Meta untuk menangani masalah penipuan yang serius dalam platform-platform media sosial yang dimiliki syarikat tersebut. Pada minggu lalu, Meta berkata mereka akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani isu penipuan dan perjudian yang semakin parah dalam kedua-dua platform media sosial.

    Beliau turut menasihati para pengguna media sosial untuk menjadi lebih peka dan celik digital untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda mempunyai tips untuk mengenal pasti penipuan dalam media sosial dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...