More

    Jerayawara jualan pertama siri OPPO Reno10: Hadiah dan ganjaran percuma bernilai RM1,390

    Jerayawara jualan pertama siri OPPO Reno10 akan berlangsung dari 12 hingga 17 Julai 2023 di Gelanggang Tengah, ruang legar aras, Suria KLCC. Anda boleh menguji siri telefon pintar tersebut dengan sistem kamera potret telefoto untuk pengalaman pengimejan potret profesional.

    Pengunjung akan berpeluang menyaksikan gambar menakjubkan yang ditangkap menggunakan siri Reno10 5G dan juga mencuba OPPO Enco baharu Air3 Pro. Anda boleh kumpulkan setem yang ditawarkan untuk menebus sebotol kopi ZUS dan pelindung skrin percuma.

    Dalam pada itu, pengunjung berpeluang memenangi OPPO Reno10 dan produk OPPO menarik yang lain dengan merakam foto menggunakan OPPO Reno10 Pro+ 5G. Siarkan di Instagram dan hashtag #OPPOReno10Series5GKLCC dan #ThePortraitExpert, kemudian cetakkan gambar untuk melengkapkan penyertaan anda. Sebanyak 10 hadiah akan diberikan merentasi kategori yang disenaraikan di bawah:

    PemenangHadiah
    Telefoto terbaik dengan ramai orang x 3OPPO Reno10 5G bernilai RM1,799
    Potret terbaik x 3OPPO Pad Air 4+64 bernilai RM1,099
    Hadiah istimewa x 4OPPO Enco Air3 bernilai RM249

    Pada 15 Julai sahaja, OPPO Malaysia akan memberikan ganjaran bernilai sehingga RM1,390 kepada pelanggan yang membeli siri OPPO Reno10 5G di pameran itu. Kemudian, terdapat juga promosi jualan pertama dari 15 Julai hingga 13 Ogos 2023 dengan ganjaran bernilai sehingga RM697. Butiran lanjut disenaraikan di bawah:

    Anda boleh dapatkan siri Reno10 5G ini di My OPPO Space, kedai jenama OPPO dan pengedar sah OPPO atau dalam talian melalui platform e-dagang. Ketahui lebih lanjut mengenai kemas kini dan peranti baharu atau mengenai siri OPPO Reno10 di laman web rasmi OPPO di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured