More

    Tesla senaraikan 10 lokasi “supercharger” di seluruh Malaysia

    Pagi ini kita menerima berita gembira kerana pembukaan tempahan bagi Tesla Model Y di Malaysia dan kini laman rasmi Tesla juga telah menyenaraikan stesen pengecas super (supercharger) rasmi untuk kereta Tesla yang akan datang ke Malaysia. Carian pantas di laman rasmi Tesla mendedahkan 10 lokasi di seluruh Malaysia.

    Menurut Tesla.com, di bawah ialah lokasi tersenarai yang akan mempunyai stesen pengecas super:

    • Perai, Pulau Pinang
    • Ipoh, Perak
    • Bukit Bintang, Kuala Lumpur
    • Dua lagi lokasi yang tidak dinamakan di Kuala Lumpur
    • Bukit Jalil, Kuala Lumpur
    • Petaling Jaya, Selangor
    • Dengkil, Selangor
    • Negeri Sembilan
    • Iskandar Puteri, Johor Bahru

    Walaupun menarik untuk mengetahui lokasi ini dipilih, laman itu juga menyebut bahawa tarikh pembukaan masih belum disahkan. Selain itu, masa dan lokasi tertakluk kepada perubahan pada masa hadapan. Tesla juga akan terus menambah lokasi baharu dan mengemas kini laman rasminya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured