More

    HUAWEI Malaysia anugerahkan gambar-gambar tercantik yang diambil dengan peranti HUAWEI

    Pada hari ini, HUAWEI Malaysia menganjurkan sebuah sambutan khas bagi meraikan para pemenang pertandingan fotografi Zoom Into Malaysia Photography Contest di The Raw Studio, Petaling Jaya. Para pemenang membawa pulang beberapa peranti HUAWEI yang menarik seperti HUAWEI P60 Pro, HUAWEI Watch Fit dan HUAWEI FreeBuds 5.

    Pertandingan itu yang berlangsung pada bulan Mei dan Jun lalu menyaksikan lebih 4,100 peserta dari seluruh negara dalam menunjukkan kecantikan Malaysia serta kemahiran fotografi mereka menggunakan telefon pintar HUAWEI.

    Kamera dalam telefon pintar HUAWEI kini dilengkapi teknologi fotografi XMAGE yang mementingkan sistem optikal, struktur mekanikal, teknologi penggambaran dan pemprosesan imej untuk menghasilkan gambar yang cantik. Teknologi XMAGE kini ditawarkan dalam telefon pintar HUAWEI Mate50 Series serta HUAWEI P60 Pro.

    HUAWEI Malaysia berkata mereka akan komited dalam menyediakan teknologi tercanggih untuk para penggiat fotografi tempatan bagi menunjukkan keindahan alam dan budaya Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured