More

    vivo Y77t hadir dengan Dimensity 7020 dan storan asas 256GB, harga bermula ~RM901

    vivo Y77t telah dilancarkan hari ini di China dan ia dilengkapi dengan cipset Dimensity 7020, kamera utama 50MP serta bateri yang besar. Sekali imbas, spesifikasi tersebut kelihatan biasa kerana peranti ini betul-betul sama dengan vivo Y78 dengan hanya satu perbezaan iaitu storan asas ialah 256 GB.

    Skrin Y77t menggunakan LCD 6.64 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Terdapat lubang tebuk pada bahagian tengah skrin untuk kamera swafoto 8MP manakala bahagian belakang terdapat kamera utama 50MP dan 2MP. Baterinya berkapasiti 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 44W.

    Untuk penget ahuan, vivo telah melancarkan telefon yang sama dua kali di bawah dua nama berbeza di pasaran yang sama malah halaman promosi juga sama. Walau bagaimanapun, vivo Y77t disenaraikan sebagai lebih murah daripada vivo Y78 mungkin sebagai helah pemasaran untuk membuatkan orang ramai membeli Y77t.

    vivo Y77t boleh didapati dalam warna Phoenix Gold, Black dan Jade Green dengan dua tanda harga iaitu CNY 1,399 (~RM901) untuk varian 8/256 GB dan CNY 1,599 (~RM1,030) untuk varian 12/256GB.Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured