More

    Ini dia telefon padu dengan kamera 64MP OIS dan skrin melengkung OLED bawah RM1,500 – vivo Y78 5G!

    Pada masa ini, semakin banyak permintaan untuk telefon pintar dengan estetika tinggi, pengalaman permainan dan menonton filem yang baik, keupayaan 5G, prestasi hebat dan harga yang berpatutan terutama untuk golongan belia. Kini, vivo telah memperkenalkan telefon pintar yang hampir sempurna untuk segmen pertengahan iaitu vivo Y78 5G.

    vivo Y78 5G hadir dengan beberapa spesifikasi istimewa yang mampu menambat hati terutama golongan belia yang sedang mencari telefon dengan bajet harga bawah RM1,500. Peranti ini memenuhi keperluan golongan muda yang gemar bermain platform Tiktok atau Instagram dan berkongsi kandungan di media sosial.

    Rekaan – Dreamy Gold yang memukau

    vivo Y78 5G ialah satu-satunya telefon pintar dalam industri yang menggabungkan paparan melengkung OLED dengan kamera OIS 64MP. Ia bukan sahaja menampilkan warna Dreamy Gold yang estetik, tetapi ia juga mempunyai pengecasan pantas 44W dan bateri 5,000mAh yang besar. Menariknya, ia hadir dengan sambungan 5G untuk kepantasan melayari internet.

    Dengan visualnya yang sangat jelas dan terperinci, paparan AMOLED 120Hz meningkatkan keseronokan anda sambil menonton filem dan bermain game. Walaupun dilengkapi dengan skrin melengkung AMOLED 120Hz seperti pesaing lain, vivo Y78 5G menyerlah dengan kecerahan puncak tertinggi 1300 nits.

    Penampilan warna Dreamy Gold pada bahagian belakangnya memukau kerana terdapat perubahan warna mengikut warna cahaya yang diterima. Kilauan pantulan memantulkan warna yang sangat estetik. Selain itu, skrin OLED bersaiz 6.78 inci melengkung pada kedua-dua belah sisi memberikan rasa premium keseluruhan memenuhi keinginan pengguna muda. Badannya juga ultra-slim dengan ukuran 7.89mm sahaja.

    Prestasi – Kamera 64MP OIS memang ohsem!

    Dalam julat harga yang sama, vivo Y78 5G menawarkan kedua-dua OIS dan sensor 64MP. Tidak seperti pesaing lain yang mungkin mempunyai kiraan piksel yang lebih tinggi tetapi kurang penstabilan atau mempunyai penstabilan tetapi berkompromi pada resolusi piksel.

    vivo mengambil pendekatan berpusatkan pengguna memandangkan pengguna menginginkan penstabilan dan kiraan piksel tinggi dengan harga yang berpatutan yang sering mencabar pembuat telefon pintar lain terutama untuk segmen pertengahan.

    Ini adalah beberapa contoh gambar yang diambil menggunakan vivo Y78 5G:

    "
    "

    vivo Y78 5G mempunyai pelbagai ciri yang memberi manfaat kepada pengguna daripada segi penstabilan dan menangkap imej dalam keadaan cahaya malap serta pemandangan malam. Ohh ya! Kami sempat menggunakan telefon ini ketika bermain Go Kart untuk mencuba ciri penstabilan OIS.

    Kami teruja dengan ciri OIS padanya tetapi kami mahu anda nilaikan sendiri pretasi kameranya. Selain memberikan keterujaan dalam penggunaannya, vivo Y78 5G dilengkapi bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 44W untuk membekalkan pengguna dengan kuasa yang mencukupi untuk mereka menjalani kehidupan seharian.

    Dengan memori RAM 8GB dan storan dalaman 256GB, anda boleh menyimpan foto dan video dengan lebih banyak serta lancar untuk dimuat naik dalam media sosial. Seterusnya, vivo membawakan keutamaan bagi sambungan 5G. Hal ini kerana sambungan 5G adalah amat penting dalam dalam isu kepantasan dan kelancaran melayari media sosial.

    Tambahan, kerajaan Malaysia sedang mempertingkatkan kemudahan sambungan 5G di setiap negeri bagi menyediakan ketersambungan rangkaian tersebut. Rugi jika kita tidak menggunakan secara total kemudahan yang disediakan. Tambahan, golongan muda kini menatal video dan kandungan di media sosial dalam resolusi tinggi yang membuatkan mereka inginkan kelajuan.

    Gambar swafoto

    Dengan harga sebenar ialah RM1,399, peranti ini hampir sempurna dan berbaloi daripada segi harga jika melihat daripada spesifikasi yang ditawarkan termasuk reka bentuk, skrin OLED, kamera OIS dan bateri yang besar.

    Spesifikasi lengkap vivo Y78 5G:

    • Skrin OLED 6.78 inci dan segar semula skrin 120Hz
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 695 (5G)
    • RAM 8GB dan storan dalaman 256GB
    • Kamera utama 64MP OIS + 2MP + 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 44W
    • Warna pilihan Flare Black dan Dreamy Gold
    • Sistem operasi Funtouch OS 13 berdasarkan Android 13
    • Harga: RM1,399

    Semasa jualan pertama, pembelian vivo Y78 5G di e-stor rasmi, kedai TikTok, Lazada dan TikTok berpeluang mendapatkan hadiah yang tersedia sehingga RM599 dengan tambahan 3 bulan VIU Premium bernilai RM29.90. Kod akan dihantar bersama telefon. Kepada yang berminat untuk membelinya, sila klik di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai vivo Y78 5G, sila lawati laman rasmi vivo Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo Y78 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh vivo Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...