More

    HONOR memenangi 36 anugerah media di IFA 2023

    Jenama teknologi global, HONOR telah memperkenalkan telefon pintar lipat HONOR Magic V2 dan telefon pintar berkonsep, HONOR V Purse semasa acara IFA 2023 di Berlin, Jerman. Kedua-dua telefon pintar ini mendapat pengiktirafan daripada beberapa media global terkemuka sebagai “Terbaik IFA” tahun ini, mengesahkan peningkatan inovatif serta konsep fizikal-digital (phygital) dan komitmen HONOR dalam sektor telefon pintar lipat.

    HONOR telah meraih sebanyak 36 anugerah daripada media semasa IFA 2023. Android Headlines telah mengiktiraf HONOR V Purse sebagai “Terbaik IFA 2023” dan mengatakan “HONOR V Purse bukan sekadar telefon, ia juga merupakan rekaan fesyen dan pemula kata-kata. Ia pasti menjadi salah satu penarik utama di IFA 2023.”

    Kemudian, GSMArena juga memuji konsep rekaan HONOR V Purse sebagai “peranti yang sangat canggih. Kami sentiasa menghargai syarikat yang berfikiran luas.” TechRadar telah mengiktiraf HONOR Magic V2 sebagai “Terbaik IFA 2023” dan berkata “Tidak semua peranti mampu menjadikan pesaing lain kelihatan ketinggalan ketika anda memegangnya, tetapi Magic V2 berjaya menjadi telefon pintar lipat yang terbaik dan berbaloi dinobat sebagai pemenang Anugerah IFA 2023.”

    HONOR Magic V2 juga mendapat pengiktirafan sebagai “Terbaik IFA 2023” dari XDA-Developers, terutamanya kerana inovasinya dalam pasaran telefon pintar lipat. Mereka menyifatkan telefon pintar ini sebagai “telefon pintar lipat paling nipis di dunia setakat ini, malah lebih nipis berbanding iPhone 14 Pro Max apabila dilipat dan juga ringan.”

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured