More

    Harga rasmi iPhone 14 dan 14 Plus turun sehingga RM400, bermula RM3,799

    Awal pagi tadi, Apple secara rasmi mengeluarkan siri iPhone 15. Selain keluaran siri iPhone 15 yang menjadi sorotan, harga iPhone 14 dan iPhone 14 Plus turut diturunkan secara rasmi.

    Menurut laman rasmi Apple, harga baharu iPhone 14 adalah seperti berikut:

    • Storan 128GB: RM3,799 (harga asal RM4,199)
    • Storan 256GB: RM4,299 (harga asal RM4,699)
    • Storan 512GB: RM5,299 (harga asal RM5,699)

    Harga baharu iPhone 14 Plus adalah seperti berikut:

    • Storan 128GB: RM4,399 (harga asal RM4,699)
    • Storan 256GB: RM4,899 (harga asal RM5,199)
    • Storan 512GB: RM5,899 (harga asal RM6,199)

    Harga iPhone 14 telah dikurangkan sebanyak RM400 manakala harga iPhone 14 Plus telah dikurangkan sebanyak RM300. Selain itu, iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max juga telah dialih keluar daripada laman rasmi. Untuk butiran lanjut, sila lawati laman rasmi Apple .

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri iPhone 14 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured