fbpx
More

    Aksesori Samsung Eco-Friends kini boleh didapati di Malaysia

    Hari ini, Samsung mengumumkan pelancaran ‘Samsung Eco-Friends’ yang menampilkan pelbagai aksesori dengan bahan kitar semula dan reka bentuk unik. Barisan baharu itu akan tersedia di lebih 40 negara, termasuk Malaysia, Korea, China, Belanda, Singapura, Afrika Selatan, United Arabic Emirates (U.A.E.) dan Amerika Syarikat (A.S).

    Bagi yang tidak tahu, Samsung Eco-Friends adalah aksesori seperti sarung produk dan tali boleh pakai yang dibuat daripada bahan pasca-pengguna ( post-consumer material , PCM). Produk Samsung Eco-Friends baharu menampilkan 11 karakter dan reka bentuk dengan hasil kerja TOILETPAPER, Smiley dan Keith Haring. Barisan ini juga termasuk reka bentuk oleh artis K-pop terkenal seperti SKZOO.

    Anda juga boleh mendapatkan aksesori untuk produk mudah alih seperti Samsung Galaxy Z Flip5 dan projektor The Freestyle. Sebanyak 64 produk menawarkan watak dan reka bentuk yang menarik untuk dipilih oleh pelanggan untuk memperibadikan peranti mereka.

    Selain itu, pelanggan boleh menyelaraskan skrin telefon boleh lipat mereka dengan aksesori Samsung Eco-Friends melalui teknologi komunikasi medan dekat (NFC) dan kod QR. Barisan Samsung Eco-Friends telah dirancang oleh Makmal Generasi Masa Depan Samsung yang membantu rakan kongsi mengembangkan jualan mereka melalui Program Perkongsian Aksesori Mudah Alih Samsung (SMAPP).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X