More

    Kemas kini iOS 17 dan iPadOS baharu dilancar, baiki isu pepijat terdahulu

    Hampir dua minggu yang lalu, siri Apple iPhone 15 telah diumumkan untuk keluaran globalnya. Hari ini, Apple mengeluarkan kemas kini iOS 17 dan iPadOS baharu untuk kemudahan anda.

    Untuk makluman semua, syarikat itu menambah pembetulan pepijat baharu untuk iPhone dengan kemas kini iOS 17.0.1. Kemas kini ini turut disertakan bersama kemas kini iPadOS 17.0.1, hanya beberapa hari selepas Apple melancarkan iOS 17 dan iPadOS 17.

    Sekiranya anda tidak tahu, anda juga boleh mendapatkan kemas kini iOS 17.0.2 (bina 21A350) untuk model iPhone 15 dan iPhone 15 Pro tidak lama lagi. Cuma, pergi ke Tetapan (Settings) > Umum (General) > Kemas Kini Perisian (Update Software) untuk mendapatkan kemas kini terkini yang turut menampilkan pembetulan pepijat dan kemas kini keselamatan penting untuk semua peranti yang layak.

    Selain itu, Apple mengesahkan kemas kini baharu akan menangani isu sebelum ini yang mungkin dieksploitasi terhadap versi iOS tedahulu, terutamanya iOS 16.7. Selain itu, Apple juga telah mengeluarkan iOS 16.7 (build 20H19) untuk mereka yang belum mengemas kini kepada iOS 17 atau mereka yang tidak dapat mengemas kini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured