More

    Resident Evil Village untuk iOS dan iPadOS akan dilancar pada 30 Oktober 2023

    Capcom telah mendedahkan tarikh keluaran Resident Evil Village untuk iOS dan iPadOS pada 30 Oktober manakala Resident Evil 4 masih ditandakan sebagai “tersedia 2023.” Walaupun Capcom tidak menyatakan harga, perlu diperhatikan bahawa versi macOS berharga $29.99 (~RM140) di Apple App Store.

    Baru-baru ini, Gematsu melaporkan bahawa Capcom telah membuat pengumuman tarikh keluaran yang sama untuk pasaran Jepun tetapi tarikh keluaran rasmi untuk Village versi Amerika Syarikat belum diumumkan secara rasmi.

    Dalam demonstrasi Village baru-baru ini yang dijalankan pada iPhone 15 Pro, ia menunjukkan prestasi yang sangat baik seperti Steam Deck. Game ini akan serasi dengan iPad yang menampilkan cip M1 dan M2. Walau bagaimanapun, Village hanya boleh digunakan pada iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max, maka anda perlu menaik taraf kepada telefon baharu.

    Di samping pembuatan semula Resident Evil 4, terdapat juga Death Stranding, Assassin’s Creed Mirage dan The Division Resurgence. Apple mempamerkan game ini untuk menyerlahkan keupayaan GPU 6 teras baharu mereka pada iPhone 15 Pro dan Pro Max.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured