More

    vivo mungkin sedang bangunkan 2 telefon lipat baharu, vivo S Flip dan vivo V Flip

    Baru-baru ini, vivo dikesan sedang membangunkan dua buah telefon pintar lipat baharu iaitu vivo S Flip dan vivo V Flip. Perkara tersebut diketahui melalui laman web Pejabat Hak Milik Intelektual Kesatuan Eropah (EUIPO), di mana kedua-dua telefon kini sedang berada dalam proses pendaftaran.

    Berdasarkan namanya, kedua-dua telefon itu mungkin menampilkan mekanisme lipat clamshell seperti Samsung Galaxy Z Flip 5, namun telefon lipat yang dihasilkan oleh vivo ini mungkin dijual pada harga yang lebih berpatutan.

    Laman pendaftaran vivo S Flip dalam laman web EUIPO
    Laman pendaftaran vivo V Flip dalam laman web EUIPO

    Setakat ini, vivo telah pun melancarkan telefon lipat clamshell yang pertama iaitu vivo X Flip, manakala vivo X Fold2 menampilkan mekanisme lipat mirip buku. Memandangkan vivo sudah pun mempunyai model telefon lipatnya sendiri, varian S Flip dan V Flip ini mungkin menampilkan spesifikasi yang lebih mirip kepada telefon kelas pertengahan.

    Sebelum ini, beberapa jenama teknologi lain telah pun menghasilkan telefon lipat clamshell mereka sendiri seperti Samsung Galaxy Z Flip5, OPPO Find N3 Flip dan Tecno Phantom V Flip. Nampaknya, reka bentuk ini mendapat perhatian yang lebih tinggi daripada industri telefon pintar.

    Tiada maklumat lanjut mengenai peranti lipat oleh vivo setakat ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: EUIPO, EUIPO

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured