More

    Apple Store di China beri amaran, iPhone 15 tidak boleh dicas dengan kabel USB-C Android

    Salah satu penambahbaikan yang paling ketara untuk siri iPhone 15 adalah pengenalan port USB-C yang menggantikan port Lightning yang telah digunakan dalam kebanyakan model iPhone sebelum ini. Secara teori, ini membuatkannya boleh berkongsi kabel dan aksesori dengan produk jenama lain seperti Android.

    Walau bagaimanapun, beberapa kedai Apple Store di China memberi amaran bahawa kabel USB-C yang dibekalkan bersama telefon Android tidak sepatutnya digunakan untuk mengecas iPhone 15, kerana isu kepanasan (overheating) yang boleh timbul.

    Sebuah kedai Apple Store di bandar Foshan dalam wilayah Guangdong, China menasihati para pelanggan supaya tidak mengecas iPhone 15 menggunakan kabel USB-C Android. Ini adalah kerana perbezaan dalam susunan pin di antara kabel USB-C Android dengan port dalam iPhone 15, di mana terdapat ruang kecil di antara barisan tunggal 9-pin dengan 11-pin.

    Menurut kedai tersebut, perbezaan pin ini boleh menyebabkan iPhone 15 menjadi terlalu panas dan mungkin akan merosakkannya. Beberapa kedai Apple Store di negara itu turut memberi amaran yang sama.

    Setakat ini masih tidak diketahui sama ada amaran ini adalah sesuatu yang harus dipertimbangkan, atau sekadar strategi pemasaran oleh Apple untuk menjual aksesori buatan Apple. Pada masa yang sama, tiada kenyataan rasmi telah diberikan oleh Apple berkenaan isu ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured