More

    Xiaomi bakal mengeluarkan telefon lipat seperti Samsung Galaxy Z Flip

    Masihkah anda ingat pada Samsung Galaxy Z Flip? Peranti boleh lipat ini menjadi bualan ramai dek kerana reka bentuk dan ciri teknologinya yang menarik. Terkini, Xiaomi dilaporkan bakal menyusul untuk mengeluarkan telefon pintar boleh lipatnya sendiri.

    Menurut sumber, Xiaomi telah memohon bekalan paparan OLED boleh lipat fleksibel daripada Samsung. Paparan yang sama dengan Samsung Galaxy Z Flip? Ya, paparan cermin OLED dilitupi plastik yang sama. Namun, kami tidak pasti bagaimana Xiaomi balak mengolah reka bentuk peranti boleh lipatnya.

    Produksi telefon pintar boleh lipat Xiaomi ini dikatakan akan bermula pada pertengahan tahun 2020. Untuk membayangkan bayangan awal peranti boleh lipat Xiaomi, anda boleh melihat konsep gambar seperti di atas yang direka oleh seorang penggiat teknologi.

    Apakah jangkaan anda terhadap telefon pintar boleh lipat Xiaomi? Beritahu pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GizChina | Waqar Khan

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured