More

    Spesifikasi OnePlus Open tertiris, tampilkan spesifikasi lebih canggih daripada OPPO Find N3

    OnePlus dijangka bakal melancarkan telefon lipatnya yang pertama, OnePlus Open, pada 19 Oktober 2023. Tarikh tersebut masih belum disahkan oleh OnePlus secara rasmi, namun kini spesifikasi untuknya pula sudah tertiris baru-baru ini.

    Menurut sumber, OnePlus Open sebenarnya adalah OPPO Find N3 yang dijenamakan semula untuk OnePlus, namun dengan beberapa perbezaan kecil. Salah satu daripada perbezaan tersebut adalah pada bahagian sisinya, di mana ia mempunyai sisi yang rata dan butang alert slider.

    Telefon ini mungkin akan mempunyai skrin utama yang boleh dilipat, di mana ia mempunyai panel OLED, berukuran 7.82 inci, resolusi 2268 x 2440 dan kadar segar semula 120Hz. Ia turut mempunyai skrin luaran OLED berukuran 6.31 inci dengan resolusi 2484 x 1116, kadar segar semula 120Hz.

    Untuk spesifikasi dalaman pula, ia mungkin terdiri daripada Snapdragon 8 Gen 2, RAM sehingga 16GB, storan dalaman sehingga 1TB, bateri 4,850mAh dan pengecasan pantas 100W. Kameranya terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 48MP dan kamera telefoto 64MP.

    Seperti telefon-telefon andalan OnePlus sebelum ini, kamera dalam OnePlus Open akan mempunyai teknologi Hasselblad.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Digital Chat Station

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured