fbpx
More

    OPPO Find N3 Flip akan dilancar secara global pada 12 Oktober 2023

    Telefon pintar lipat OPPO Find N3 Flip telah pun dilancar untuk pasaran China pada bulan Ogos lalu dan kini OPPO mengesahkan bahawa ia akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada hari Khamis, 12 Oktober 2023 jam 7:00 malam di India (9:30 malam waktu Malaysia).

    Perlu diingati bahawa ini tidak termasuk tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia, walaupun OPPO Malaysia sudah mengesahkan bahawa Find N3 Flip akan masuk ke dalam pasaran tempatan.

    Untuk mereka yang tidak tahu, OPPO Find N3 Flip adalah telefon lipat dengan mekanisme clamshell, dengan engsel yang mendatar seperti Samsung Galaxy Z Flip5. Seperti dalam Find N2 Flip sebelum ini, ia mempunyai skrin utama yang boleh dilipat dan sebuah skrin di bahagian luar.

    Apa yang unik untuk Find N3 Flip adalah ia merupakan telefon lipat clamshell pertama yang mempunyai tiga kamera di bahagian belakang. Skrin utamanya berukuran 6.8 inci dengan panel AMOLED, resolusi 1080 x 2520 dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Skrin luaran pula berukuran 3.26 inci, sama seperti Find N2 Flip.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 9200, RAM LPDDR5X, storan UFS 4.0, bateri 4,300mAh dan pengecasan pantas 44W. Harganya untuk pasaran China bermula daripada CNY6,799 (~RM4,330). Sebagai rujukan, Find N2 Flip telah dilancar untuk pasaran Malaysia pada bulan Mac lalu dengan harga bermula daripada RM3,999, jadi kita boleh andaikan harga Find N3 Flip untuk berada pada titik yang serupa.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    PM lancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus, galakkan pembangunan pantas dalam ekosistem AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia perlu bergerak pantas dalam membina ekosistem yang memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan...

    Ulasan OPPO A60 – Telefon murah tapi tahan lasak!

    OPPO bukan lagi jenama telefon pintar yang asing di Malaysia. Selain menawarkan telefon tercanggih dalam siri OPPO Find, mereka turut menawarkan telefon...

    Telegram sedia bantu kerajaan menangani isu cetak rompak digital – Fahmi Fadzil

    Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk memerangi cetak rompak digital yang berleluasa di platformnya, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Tambahnya,...

    OPPO Football Fever Mid-Year Sale tawarkan diskaun sehingga RM200!

    Sempena kehangatan Liga Juara-Juara UEFA yang sedang berlangsung, OPPO telah mengumumkan Football Fever Mid-Year Sale untuk 2024 dengan membawakan pelbagai promosi menarik...

    CelcomDigi beri laporan program integrasi dan pemodenan rangkaian di Malaysia

    Menurut CelcomDigi, mereka telah menyelesaikan 44% daripada program integrasi dan pemodenan rangkaian seluruh negara (NIM). Kerja-kerja ini mengambil masa lebih awal daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X