More

    OnePlus Open mungkin tampilkan cipset SD 8 Gen 2 dan skrin OLED pada harga bermula ~RM8,017

    OnePlus Open, telefon pintar boleh lipat pertama syarikat itu dijangka akan dilancarkan pada 19 Oktober ini. Laporan terkini pula mendedahkan spesifikasi dan harga permulaannya.

    Seperti yang dikongsi oleh Roland Quandt di WinFuture penerbitan berpangkalan di Jerman, telefon lipat ini mungkin membawa harga bermula USD1,699 (~RM8,017). Selain itu, pemberi maklumat juga berkongsi beberapa paparan OnePlus Open, yang kelihatan sejajar dengan promosi yang telah dikongsi oleh syarikat itu. Ia mungkin membawa dua warna yang sama seperti OnePlus 11 iaitu hitam dan hijau abadi.

    Quandt seterusnya memberitahu bahawa telefon ini mempunyai tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP + ultra lebar 48MP + telefoto (zum optik 3x) 64MP dengan penjenamaan Hasselblad. Peranti itu mungkin akan menampilkan paparan utama OLED boleh lipat 7.8 inci, skrin penutup 6.31 inci, cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan RAM 16GB.

    Ini hanyalah jangkaan sahaja dan butirannnya mugkin boleh bertukar menjelang pelancaran OnePlus Open. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured