More

    Batik Air tawarkan harga tiket diskaun untuk penumpang MYAirline

    Pada pagi ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman oleh syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline tentang penggantungan operasinya buat sementara waktu, bermula hari ini. Pengumuman ini pasti mengejutkan para penumpang yang sudah membeli tiket dengan MYAirline atau mereka yang ingin membeli tiket penerbangan murah.

    Bagi membantu para penumpang MYAirline yang terkandas di mana-mana lokasi perkhidmatannya atau ingin mencari penerbangan alternatif, syarikat penerbangan tambang rendah Batik Air akan menawarkan harga tiket diskaun kepada mereka.

    Harga tiket khas ini hanyalah untuk perjalanan sehala untuk empat destinasi iaitu:

    • Pulau Pinang (RM129)
    • Langkawi (RM159)
    • Kuching (RM199)
    • Bangkok dan Don Muang (RM299)

    Penumpang MYAirline yang berminat untuk membeli tiket di atas boleh hantar emel kepada [email protected] dengan bukti tempahan mereka bersama MYAirline sebelum ini.

    Selain Batik Air, Malaysia Airlines dan AirAsia turut menawarkan diskaun khas untuk para penumpang MYAirline. Beritahu kami di Facebook jika berita ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured