More

    Beberapa pengguna iPhone 15 Pro Max laporkan skrin tinggalkan imej ‘hantu’

    Pelancaran iPhone 15 membawa pelbagai masalah dan salah satunya adalah mengenai pengekalan imej atau ‘burn-in pada salah satu model. Burn-in merupakan masalah yang dikaitkan dengan panel OLED di mana kandungan skrin statik boleh meninggalkan imej samar-samar. Walaupun panel OLED baru-baru ini telah mengurangkan risiko ini, ia berlaku pada iPhone 15 Pro Max seperti yang dilaporkan pengguna.

    Laporan mengenai imej samar-samar ini telah muncul di platform seperti Reddit, X (dahulunya Twitter) dan forum komuniti rasmi Apple. Setakat ini, isu itu nampaknya memberi kesan terutamanya kepada iPhone 15 Pro Max.

    Pengguna yang mengalami masalah ini telah melaporkan bahawa Apple menggantikan unit mereka secara percuma dan menasihati orang lain untuk menghubungi Apple melalui laman web atau kedai tempatan mereka untuk diganti. Setakat ini, Apple belum mengakui masalah itu secara rasmi dan dijangka boleh ditangani dengan cepat.

    Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Techradar

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...