More

    10 negeri boleh bayar zakat fitrah secara ‘online’ melalui MyEG

    Terkini, MY E.G. Services Bhd (MyEG) mengumumkan bahawa rakyat di beberapa negeri terlibat boleh melunaskan zakat fitrah secara dalam talian melalui laman web MyEG. Laman web ini menjadi sebuah platform pembayaran zakat fitrah secara dalam talian berikutan kerjasama penyertaan beberapa agensi zakat.

    Enam agensi zakat yang baru sahaja mengambil bahagian dalam platform pembayaran MyEG adalah dari negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah dan Sarawak, menambah bilangan negeri yang ikut serta terdahulu. Urusan pembayaran zakat fitrah boleh dibuat melalui pautan Zakat MyEG. Sebagai makluman, pembayaran zakat fitrah boleh mula dilakukan bermula 1 Ramadhan (24 April 2020) hingga akhir Ramadhan (23 Mei 2020).

    Anda boleh menggunakan kalkulator zakat di MyEG untuk pengiraan zakat. Untuk pengetahuan anda, kadar pembayaran zakat fitrah mengikut negeri adalah seperti berikut:

    • Lembaga Zakat Selangor (kadar tetap zakat fitrah ialah RM7, RM14, RM21)
    • Pusat Pungutan Zakat MAIWP (RM5, RM7)
    • Pusat Zakat Negeri Sembilan (RM7)
    • Lembaga Zakat Negeri Kedah (RM5, RM7, RM14, RM21)
    • Pusat Zakat Sabah (RM6 dan RM7.50)
    • Tabung Baitulmal Sarawak (RM7)
    • Pusat Kutipan Zakat Pahang (RM7)
    • Majlis Agama Islam Negeri Johor (RM7, RM10)
    • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (RM7, RM14, RM21)
    • Zakat Melaka (RM7, RM14)

    Setakat ini, hanya negeri yang dinyatakan di atas sahaja yang membuka ruang untuk warganet melunaskan pembayaran zakat fitrah melalui MyEG. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi MyEG di talian 03-7801 8888 atau e-mel [email protected]. MyEG juga boleh dihubungi melalui laman media sosial Facebook dan Twitter.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi semasa dari dalam dan luar negara.

    Sumber: BERNAMA | MyEG

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured