More

    OPPO Find N3 Flip dilancar di Malaysia: Dimensity 9200, 3 kamera talaan Hasselblad berharga RM4,399

    Selepas beberapa bulan eksklusif hanya di China, OPPO akhirnya melancarkan OPPO Find N3 Flip untuk pasaran global. Ia hadir dengan peningkatan sistem kamera Hasselblad dan pengenalan suis senyap baru (alert slider) yang mengingatkan kepada konfigurasi yang terdapat pada telefon OnePlus.

    Yang paling jelas ialah kemasukan kamera telefoto, menjadikannya boleh dilipat pertama di pasaran dengan persediaan tiga kamera. OPPO Find N3 Flip yang baru dilancarkan hampir mempunyai persamaan dengan pendahulunya terutama daripada segi dimensi. Perbezaan yang paling jelas ialah penambahan pulau kamera bulat di sebelah skrin penutup.

    Juga tidak berubah ialah saiz paparan luaran dan dalaman. Find N3 Flip menampilkan paparan boleh lipat LTPO AMOLED 6.8 inci dengan resolusi 2520 x 1080 piksel, kadar penyegaran sehingga 120Hz, kadar pensampelan sentuhan sehingga 240Hz dan perlindungan kaca ultra nipis (UTG). 

    OPPO menyatakan bahawa skrin luaran kini menampilkan lebih banyak fungsi membolehkan pengguna mengakses aplikasi dan widget yang berbeza untuk navigasi, media sosial dan sebagainya.

    Find N3 Flip dilengkapi cipset perdana MediaTek yang dinaik taraf iaitu Dimensity 9200 bersama-sama dengan RAM LPDDR5X 12GB dan storan dalaman 512GB. Selain itu, ia turut hadir dengan ColorOS 13.2 berdasarkan Android 13, menyokong sambungan 5G, WiFi 7 dan Bluetooth 5.3 serta dikuasakan oleh bateri 4,300mAh dengan pengecasan pantas 44W melalui USB-C.

    Untuk fotografi, kameranya ditala oleh Hasselblad yang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan OIS, ultra lebar 48MP yang dikemas kini dengan medan pandangan 114 darjah serta telefoto 32MP dengan zum optik 2x dan zum digital sehingga 20x. Sementara itu, terdapat kamera swafoto 32MP dalam potongan lubang tebuk pada paparan dalaman.

    Ini adalah spesifikasi lengkap OPPO Find N3 Flip:

    • Cipset: Mediatek Dimensity 9200 (4 nm)
    • Paparan utama LTPO AMOLED boleh lipat 6.8 inci, segar semula 120Hz, HDR10+, 1600 nits (puncak), resolusi 1080×2520 px, nisbah bidang 21:9, 403 ppi
    • Paparan penutup AMOLED 3.26 inci, Corning Gorilla Glass Victus, 250 PPI, 900 nits (puncak)
    • Memori RAM 12GB, storan UFS 4.0 256GB
    • Kamera utama 50 MP, f/1.8, 24mm (lebar), 1/1.56″, 1.0µm, PDAF berbilang arah, OIS, kamera telefoto 32 MP, f/2.0, 47mm, zum optik 2x, PDAF dan kamera ultra lebar 48 MP, f/2.2, 14mm, 114Ëš
    • Kamera swafoto 32 MP, f/2.4, 22mm (lebar), AF
    • Bateri berkapasiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan 67W
    • Ukuran badan: 166.4 × 75.8 × 7.8mm, berat 198g.
    • Pengimbas cap jari pada bahagian sisi, pembesar suara stereo, Android 13, ColorOS 13.2, Alert slider
    • Warna: Astral Black, Cream Gold dan Mist Rose
    • Harga: RM4,399

    Kepada yang berminat, anda boleh menempah OPPO Find N3 Flip mulai hari ini sehingga 27 Oktober 2023. Tawaran yang hadir untuk sesiapa yang menempah telefon ini ialah waranti perlindungan skrin percuma bernilai RM699, rebat tempahan RM200, waranti lanjutan pembelian dalam pembelian (PWP) RM249 (harga asal RM499) dan sarung PU mudah alih PWP RM49 (harga asal RM149).

    "
    "

    Sila klik di sini untuk maklumat lanjut atau baca ulasan penuh tentang peranti ini di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured