More

    OnePlus Open tidak akan dijual di Malaysia

    OnePlus Open, peranti lipat pertama daripada OnePlus, telah mencuri perhatian di platform media sejak dilancarkan minggu lalu. Peranti ini mendapat perhatian besar dengan kamera Hasselblad dan sokongan zum optikal 6x.

    Untuk pengetahuan anda, OnePlus Open merupakan telefon pintar lipat yang sama seperti OPPO Find N3 yang dikatakan akan dilancarkan untuk pasaran global. Nampaknya, perkara itu tidak akan berlaku kerana wakil-wakil OnePlus Malaysia telah mengesahkan bahawa OPPO Find N3 perlu difokuskan sebagai model utama.

    Peranti ini dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dengan RAM 16GB dan memori dalaman 512GB, bateri berkapisiti 4,805mAh dengan sokongan pengecasan 67W. Bahagian belakang memuatkan kamera utama 48MP dengan sensor CMOS “Pixel Stacked” Sony LYT-T808, ultra-lebar 48MP dan telefoto 64MP dengan zum optik 3x semuanya dengan OIS.

    OnePlus Open akan kekal di di Amerika Utara, Eropah dan India. Bagi mereka yang berminat, OPPO Find N3 membawa harga RM7,999 di Malaysia. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...