More

    Maxis tawarkan penginapan eksklusif dan jamu selera di restoran berbintang Michelin

    Maxis menyediakan ganjaran penginapan eksklusif di Hotel Stripes Kuala Lumpur dan pengalaman menjamu selera di restoran bintang Michelin kepada pelanggan yang membeli iPhone 15 terkini dengan pelan pascabayar 5G dari 30 Oktober hingga 30 November 2023.

    Terdapat lapan pemenang yang dipilih setiap minggu sepanjang kempen lima minggu ini, menjadikan jumlah pemenang sebanyak 40 orang. Maxis akan menanggung sepenuhnya pengalaman ini termasuk penginapan satu malam di Hotel Stripes Kuala Lumpur dan makan malam di restoran berbintang Michelin, Dewakan.

    Ini merupakan tanda penghargaan daripada Maxis kepada pelanggan mereka yang telah memilih pelan pascabayar Maxis 5G. Pelanggan Maxis juga dapat menikmati fleksibiliti pelan ansuran sehingga 36 bulan untuk memiliki iPhone 15 terkini.

    Asas pemilihan pemenang untuk pemberian ganjaran serta terma dan syarat boleh didapati di laman web rasmi Maxis. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...