More

    Ciri Auto Blocker tersedia dalam kemas kini One UI 6, lakukan semakan keselamatan aplikasi

    Samsung telah mengeluarkan alat (tool) perlindungan peranti baharu sebagai sebahagian daripada kemas kini One UI 6 yang dipanggil Auto Blocker. Ciri ini melindungi peranti Galaxy anda daripada pelbagai risiko keselamatan.

    Jika didayakan, Auto Blocker boleh melindungi peranti anda daripada pemuatan sisi iaitu pemasangan aplikasi daripada sumber yang tidak dibenarkan. Auto Blocker juga akan menyekat aplikasi daripada platform/stor yang tidak dibenarkan.

    Perlu diingat bahawa ciri ini perlu didayakan secara khusus. Auto Blocker juga akan melakukan semakan keselamatan aplikasi, mengesan potensi perisian hasad dan menghalang arahan berbahaya. Ia juga akan melindungi daripada pemasangan berbahaya melalui USB terutamanya jika anda menggunakan kabel USB awam untuk mengecas.

    Auto Blocker juga membawa kemas kini kepada Message Guard iaitu perkhidmatan yang mengurangkan serangan Zero Click atau mengarahkan mesej imej dengan kod hasad. Auto Blocker datang sebagai sebahagian daripada kemas kini One UI 6 yang tersedia dalam Tetapan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured