More

    Xiaomi Book 14 dengan paparan 2.8K 120Hz dan cipset Intel Gen-12 rasmi secara global

    Sementara peminat Xiaomi sedang menunggu telefon pintar siri Xiaomi 14 untuk dilancarkan di luar China, jenama itu baru sahaja melancarkan komputer riba baharu untuk pasaran global iaitu Xiaomi Book 14. Komputer riba 14 inci ini didatangkan dengan paparan resolusi tinggi dan cip Intel Gen ke-12.

    Xiaomi Book 14 menampilkan paparan 14 inci dengan resolusi 2.8K, kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kecerahan 300 nits dengan nisbah kontras 1,500:1. Ia juga meliputi 100% ruang warna sRGB menjadikannya sesuai untuk tugasan yang memerlukan ketepatan warna.

    Terdapat dua pilihan yang tersedia iaitu dengan CPU Intel Core i5-12500H, Intel Iris Xe Graphics, RAM LPDDR5 16GB dan 512 GB PCIe 4.0 SSD. Varian kedua pula didatangkan dengan CPU Intel Core i3-1220P, Grafik Intel UHD, RAM LPDDR5 8GB dan SSD PCIe 4.0 256GB. Komputer riba ini dilengkapi dengan bateri 56 Wh yang menyediakan hampir 12 jam hayat bateri.

    Pilihan kesambungan termasuk HDMI 2.1, USB-C 3.2 Gen 2, WiFi 6 dan Bluetooth 5.2. Xiaomi Book 14 disertakan dengan Windows 11 Home yang diprapasang dan mempunyai berat kira-kira 1.37 kg. Namun, pada masa ini, masih tiada maklumat tentang ketersediaan atau harga. Sama-sama kita nantikan kemunculannya dalam pasaran Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured