More

    One UI 6 mula ditawarkan kepada pengguna Samsung di Malaysia, bermula dengan siri Galaxy S23

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa kemas kini untuk perisian antara muka (UI) Samsung One UI 6 telah mula ditawarkan kepada para pengguna telefon pintar Samsung Galaxy di Malaysia. Ia akan dimulakan dengan siri telefon Samsung Galaxy S23 terlebih dahulu, diikuti dengan peranti Galaxy lain.

    One UI 6 adalah UI yang dibina berdasarkan sistem operasi Android 14 yang dilancar pada Oktober lalu serta menampilkan beberapa penambahbaikan untuk aplikasi-aplikasi Samsung, penampilan yang lebih mesra pengguna dan membenarkan pengguna untuk mengubah suai UI mengikut kegemaran mereka.

    Sebagai contoh, pengguna kini boleh menetapkan gambar dalam skrin kunci (lock screen) berbeza untuk pelbagai mod dan rutin, seperti meletakkan gambar hutan yang menenangkan dalam Sleep Mode.

    Samsung mengatakan pelbagai elemen dalam One UI 6 telah diubahsuai untuk menghasilkan penampilan yang lebih moden, seperti pengenalan muka taip (font) yang baru iaitu One UI Sans serta emoji-emoji baharu yang lebih hidup dan boleh diakses daripada Samsung Keyboard.

    Jika anda leret daripada atas skrin, Quick Panel mempunyai susunan ikon yang dikemas kini untuk bantu pengguna mengakses ciri yang kerap digunakan, seperti kawalan kecerahan (brightness control bar) yang kini disediakan secara lalai (default) dalam Quick Panel.

    Sewaktu mendengar lagu, One UI 6 menawarkan rekaan baru untuk seni album (album art) dan kawalan progress bar.

    Terdapat juga widget kamera baharu yang membenarkan pengguna untuk pra-pilih mod kamera dan lokasi menyimpannya dalam telefon, seperti folder khas untuk mod potret atau gambar muka. Fungsi AI Edit pula boleh menyunting gambar dan video dengan lebih mendalam menggunakan fungsi suntingan berasaskan kecerdasan buatan (AI).

    Sewaktu menyunting video, Samsung Studio membenarkan pengguna untuk membuat beberapa lapisan serentak (multi-layers) dan mengubah lokasi dan seksyen untuk hiasan-hiasan dalam video.

    "
    "

    Daripada segi keselamatan siber, One UI 6 menyediakan Auto Blocker yang membenarkan penggunaan asas dan pasa masa yang sama, memberhentikan penggunaan untuk fungsi yang lebih canggih dan jarang diguna. Knox Matrix pula menyokong penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end encryption) untuk data yang disegerakkan (synced data) dan sandaran awanan (cloud backup).

    Siri telefon pintar Galaxy A akan menerima Knox Vault dalam versi yang lebih ringan apabila One UI 6 ditawarkan kepada siri peranti tersebut pada masa terdekat.

    Beritahu kami di Facebook jika anda ingin guna One UI 6 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Spotify letak lencana khas untuk profil artis yang sebenarnya AI

    Spotify mengumumkan pengenalan lencana AI Persona bagi memberi petunjuk kepada pendengar bahawa identiti sesebuah profil artis adalah dijana oleh kecerdasan buatan dan...

    HONOR Robot Phone dilancar sebagai telefon pertama dengan gimbal terbina

    HONOR secara rasmi melancarkan peranti mercu terbaharu iaitu HONOR Robot Phone di China. Peranti ini menggabungkan perkakasan kamera gimbal fizikal bersama pembantu...

    HOVERAir Versa dilancar — Kamera poket 2-dalam-1 boleh bertukar jadi dron

    HOVERAir melancarkan HOVERAir Versa iaitu peranti hibrid 2-dalam-1 yang menggabungkan fungsi kamera poket dan dron terbang. Peranti ini disifatkan sebagai kamera poket...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured