More

    Android 14 dilancar: Tawarkan fungsi baru untuk ubahsuai “wallpaper”, jaga kesihatan, perlindungan data

    Dengan pelancaran siri telefon pintar Google Pixel 8 pada hari ini, Google turut melancarkan sistem operasi baharu iaitu Android 14. Buat masa ini, ia boleh dimuat turun dalam telefon pintar Pixel (untuk model Pixel 4A 5G dan ke atas), manakala jenama lain seperti Samsung, Nothing dan OnePlus akan menerimanya pada akhir tahun ini.

    Ia menawarkan beberapa fungsi baharu seperti pengubahsuaian latar belakang (wallpaper) yang lebih mendalam, penjagaan kesihatan, perlindungan privasi dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa ciri baharu yang menarik:

    Ubahsuai skrin kunci yang lebih mendalam

    Buat mereka yang gemar menghias skrin kunci (lock screen) mereka, Android 14 membenarkan pengguna untuk menukar latar belakang (wallpaper) dengan lebih mudah, serta mengubah widget yang dipaparkan. Anda boleh letakkan pintasan (shortcut) untuk aplikasi yang kerap digunakan ke dalam skrin kunci supaya anda boleh mengaksesnya dengan lebih pantas, tanpa membuka kunci skrin.

    Android 14 akan menyediakan templat khas untuk muka taip (font), widget, warna dan format yang boleh dipilih mengikut citarasa anda.

    Latar belakang yang dijana AI

    Pengguna boleh menghasilkan latar belakang unik dengan bantuan kecerdasan buatan (AI). Anda hanya perlu memasukkan teks (text prompt) untuk jenis latar belakang yang diingini, kemudian AI akan menjana gambar yang padan untuk teks tersebut. Setiap latar belakang ini adalah unik kerana ia dihasilkan oleh AI buat kali pertama, jadi anda boleh yakin untuk menghasilkan latar belakang yang berlainan dengan orang lain.

    Buat masa ini, ia hanya akan ditawarkan dalam dua telefon pintar sahaja iaitu Google Pixel 8 dan Google Pixel 8 Pro.

    Tema hitam putih

    Android 14 akan memperkenalkan tema monokromatik yang menyediakan warna-warna minimal, untuk mereka yang gemarkan warna pudar pada antara muka telefon.

    Kualiti kamera yang lebih tinggi

    Untuk fotografi dan videografi, Android 14 kini menyokong gambar jurang dinamik tinggi (HDR) dengan mod Ultra HDR. Mod ini akan membantu anda mendapatkan warna yang lebih terang, highlight yang lebih cerah dan bayang-bayang yang lebih gelap. Butiran dalam gambar anda tidak akan ‘tenggelam’ di sebalik sinaran yang terlalu terang atau bayang-bayang yang terlalu gelap.

    "
    "

    Data kesihatan yang lebih selamat

    Android 14 memperkenalkan Health Connect untuk menyimpan semua data anda ke dalam satu tempat sahaja supaya pengguna boleh kawal privasi dengan lebih ketat. Sebelum ini, data berkenaan kesihatan dan senaman selalunya disimpan dalam aplikasi yang berasingan dan ini menyukarkan pengguna untuk mengawal keselamatan data mereka.

    Kini, semua data kesihatan itu akan disimpan secara sulit (enctrypted) dalam telefon supaya ia tidak boleh diakses oleh Google atau aplikasi lain.

    Izin untuk berkongsi data

    Bagi membantu anda kawal data peribadi dengan lebih selamat, Android 14 akan memberitahu pengguna jika sebuah aplikasi sedang berkongsi data lokasi kepada sebarang pihak ketiga. Perkara ini hanya akan dilakukan jika pengguna telah memberi izin terlebih dahulu kepada aplikasi tersebut untuk mendapatkan data lokasi.

    Galakan untuk nombor PIN

    Android 14 akan menggalakkan pengguna untuk menetapkan nombor identifikasi peribadi (personal identification numbers, PIN) sekurang-kurangnya enam angka bagi meningkatkan keselamatan telefon.

    Selepas pengguna menaip kod PIN, beliau tidak perlu lagi menekan “Enter” kerana telefon akan dibuka secara automatik.

    Lebih kemudahan untuk mereka yang mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran

    Buat para pengguna yang mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran, Android 14 memperkenalkan beberapa fungsi baharu yang memudahkan penggunaan telefon untuk mereka. Pengguna kini boleh cubit untuk zum (pinch-to-zoom) skrin kepada tahap 100% bagi memudahkan pembacaan teks.

    Android 14 juga akan menghasilkan saiz taip muka yang lebih berskala dengan tetapan telefon, supaya ia tidak nampak terlalu besar atau terlalu kecil.

    Untuk pengguna yang mempunyai masalah pendengaran, Android 14 kini mempunyai lebih banyak sokongan untuk alat bantuan pendengaran (hearing aids). Selain itu, ia juga menawarkan Flash Notification di mana setiap pemberitahuan akan menghasilkan lampu flash dan bukannya bunyi seperti yang biasa dilakukan untuk kebanyakan pengguna.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang fungsi-fungsi baharu dalam Android 14 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Blog Google

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...