fbpx
More

    Siri Redmi K70 dilancar: SD 8 Gen 3, skrin OLED TCL C8 dan RAM 24GB bermula ~RM1,647

    Xiaomi melancarkan siri Redmi K70 yang terdiri daripada K70e, K70 dan K70 Pro sebagai pengganti kepada peranti Redmi K60 tahun lepas. Reka bentuk peranti Redmi K70 mempamerkan estetika baru dengan pulau kamera segi empat dan bingkai logam yang kotak.

    Daripada segi paparan, Redmi K70 dan K70 Pro mempunyai panel OLED TCL C8 berukuran 6.67 inci dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz. Telefon pintar ini menawarkan kecerahan puncak 4,000 nits, pemalapan frekuensi tinggi PWM 3840Hz, sokongan HDR10+ dan Dolby Vision.

    Keupayaan imej bagi siri Redmi K70 merangkumi tri-kamera belakang menampilkan sensor utama 50MP dengan sokongan OIS. Redmi K70 mempunyai sensor ultra-lebar 8MP dan sensor makro 2MP manakala model Pro dilengkapi dengan unit telefoto 50MP dengan zum 2x dan lensa ultra-lebar 12MP. Kedua-dua peranti menyertakan kamera swafoto 16MP.

    Di dalamnya, Redmi K70 Pro dikuasakan oleh cipset terkini Qualcomm, Snapdragon 8 Gen 3 manakala K70 menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2. Telefon pintar ini menyokong RAM LPDDR5 hingga 24GB, storan UFS 4.0 1TB dan mempunyai bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W.

    Ia menggunakan sistem operasi HyperOS berdasarkan Android 14. Redmi K70 dan K70 Pro menampilkan spesifikasi tambahan seperti port USB-C, WiFi-7, NFC, IR Blaster, Bluetooth 5.4 dan motor Linear X-Axis. Redmi K70 dan K70 ditawarkan dalam warna Hitam, Glacier Silver, Bamboo Moon Blue dan Light Purple (hanya Pro).

    Bagi K70e, ia menggunakan cipset Dimensity 8300 Ultra dengan sokongan RAM LPDDR5X 16GB dan storan UFS 4.0 1TB. Telefon ini mempunyai paparan 6.67 inci dengan resolusi 1,220 x 2,712px, kadar segar semula 120Hz, kadar sentuhan 480Hz dengan sokongan Dolby Vision dan HDR10+.

    Secara khusus, K70E mempunyai bateri 5,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W di mana Redmi mendakwa ia hanya mengambil masa 34 minit untuk dicas penuh. Tetapan kamera merangkumi sensor utama 64MP dengan OIS, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro.

    Dalam pada itu, K70 Pro turut menerima edisi khas dengan kerjasama Automobili Lamborghini Squadra Corse menampilkan reka bentuk tersendiri, dengan pulau kamera berbentuk pentagon, diilhamkan oleh garis tajam Lamborghini.

    Warna dua-tona Hijau atau Kuning dan reka bentuk karbon digunakan sebagai pelekat di bawah panel pelindung. Selain itu, edisi terhad hadir dengan tema Lamborghini Squadra Corse tersuai yang disepadukan ke dalam antara muka HyperOS, yang menampilkan imej kereta trek besar Essenza SCV12 dengan enjin V12. Untuk varian ini, harganya masih tidak diberitahu.

    Di bawah merupakan konfigurasi dan harga peranti di China:

    Redmi K70
    • 12GB + 256GB: CNY 2,499 (~RM1,647)
    • 16GB + 256GB: CNY 2,699 (~RM1,779)
    • 16GB + 512GB: CNY 2,999 (~RM1,977)
    • 16GB + 1TB: CNY 3,399 (~RM2,240)
    Redmi K70e
    • 12GB + 256GB: CNY 2,000 (~RM1,318)
    • 12GB + 512GB: CNY 2,200 (~RM1,450)
    • 16GB + 1TB: CNY 2,600 (~RM1,713)

    Redmi K70 Pro

    • 12GB + 256GB: CNY 3,299 (~RM2,174)
    • 16GB + 256GB: CNY 3,599 (~RM2,372)
    • 16GB + 512GB: CNY 3,899 (~RM2,570)
    • 4GB + 1TB: CNY 4,399(~RM2,900)

    Xiaomi dijangka akan menamakan semula K70e sebagai POCO X6 Pro untuk pasaran global, walaupun belum diumumkan secara rasmi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi China

     

    Artikel Terkini

    Samsung Malaysia anjur pertandingan khas untuk Galaxy A, hadiah termasuk Yamaha Y15ZR dan banyak...

    Bagi mempromosikan siri telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A35 5G, Samsung Galaxy A55 5G dan lain-lain telefon Galaxy A, Samsung Malaysia...

    Tecno Pova 6 dilancar di Malaysia: Helio G99 Ultimate, AMOLED FHD+ 6.78″ berharga RM899

    Tecno yang merupakan salah satu jenama kompetitif dalam segmennya kini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar iaitu Tecno Pova 6 untuk pasaran...

    Siri iQOO Z9 5G dilancar di Malaysia: SD 7 Gen 3 & bateri 6,000mAh...

    iQOO Malaysia telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu iQOO Z9 5Gdan iQOO Z9x 5G dengan spesifikasi menarik pada harga...

    realme GT 6T akan dilengkapi cipset Snapdragon 7+ Gen 3

    realme mengumumkan bahawa mereka akan melancakran siri telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6 Series di India pada bulan ini. Jenama teknologi...

    Raikan Hari Ibu dengan siri Samsung Galaxy watch6 dan hadiah percuma sehingga 12 Mei...

    Hari Ibu ini, luahkan rasa terima kasih kepada wanita istimewa dalam hidup anda dengan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka melalui siri Galaxy...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X