fbpx
More

    Siri vivo X100 akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada 14 Disember 2023

    vivo telah melancarkan siri telefon pintar andalan vivo X100 pada bulan November lalu di China dan kini syarikat teknologi itu mengesahkan bahawa siri telefon itu akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pula pada hari Khamis, 14 Disember 2023.

    Perkara tersebut diumumkan melalui laman web global vivo yang sudah membina laman khas untuk vivo X100 dan vivo X100 Pro. Garis masa pelancarannya untuk pasaran antarabangsa juga dipaparkan dalam laman tersebut yang akan berlaku pada 14 Disember 2023 jam 7:00 malam, namun vivo tidak memperincikan zon masa untuk pelancaran itu.

    Kedua-dua telefon ini dilengkapi cipset tercanggih oleh MediaTek iaitu MediaTek Dimensity 9300, manakala perbezaan utama antara vivo X100 dan vivo X100 Pro adalah daripada segi kamera dan bateri.

    vivo X100 dilengkapi kamera telefoto periskop 64MP yang boleh membuat zum optikal sebanyak 3x, manakala vivo X100 Pro dilengkapi kamera telefoto periskop 50MP yang boleh zum optikal sebanyak 4.3x.

    Sensor kamera utama juga agak berlainan daripada segi saiz sensor, di mana vivo X100 mempunyai sensor 50MP 1/1.49″ manakala vivo X100 Pro mempunyai sensor 50MP 1/0.98″ yang lebih besar daripada vivo X100.

    Kedua-duanya mempunyai kamera ultra-lebar 50MP dan teknologi lensa ZEISS untuk efek fotografi menarik.

    Daripada segi bateri, vivo X100 dilengkapi bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W, manakala vivo X100 Pro dilengkapi bateri yang lebih besar, 5,400mAh, namun dengan kadar pengecasan yang lebih rendah iaitu 100W dan pengecasan wayarles 50W.

    Anda boleh baca artikel pelancarannya untuk maklumat lanjut. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo

     

    Artikel Terkini

    Rapid Bus dan Volvo bekerjasama untuk percubaan bas elektrik Volvo BZL-GML Eco Range

    Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mencuba bas bandar elektrik baharu, Volvo BZL-GML Eco...

    WhatsApp sedang uji ciri hapus bilangan mesej yang belum dibaca

    WhatsApp sedang mengatasi masalah tekanan mesej yang belum dibaca dengan kemas kini masa depan yang ditemui dalam versi beta untuk Android. Penambahan...

    Samsung Galaxy Z Fold6 mungkin hadir dengan kesan lipatan halus dan rekaan kamera baharu

    Penganalisi terkenal, Ice Universe telah mendedahkan beberapa butiran mengenai Samsung Galaxy Z Fold6 yang akan datang termasuk lipatan yang kurang kelihatan pada...

    RHB melancarkan Apple Pay untuk pengguna Malaysia

    Apple Pay merupakan cara yang mudah, selamat serta peribadi untuk membayar sama ada di kedai fizikal, dalam talian dan juga dalam aplikasi...

    LG ARTCOOL dilancar di Malaysia: Model penghawa dingin baharu bermula RM2,649

    Pada hari ini, LG Malaysia memperkenalkan barisan penghawa dingin baharu iaitu LG ARTCOOL. Penghawa dingin ini dilengkapi teknologi penyejukan terkini dengan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X