fbpx
More

    realme GT3 akan dilancar di Malaysia pada 20 Disember 2023, telefon dengan pengecasan terpantas dalam dunia

    realme Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar andalan terbaru, realme GT3, pada hari Rabu, 20 Disember 2023. Ciri paling menarik tentang peranti ini pastinya adalah kadar pengecasan yang tertinggi dalam sejarah telefon pintar setakat ini, iaitu sehingga 240W.

    Dengan kadar pengecasan ini, pihak realme mengatakan realme GT3 boleh dicas penuh daripada 0% sehingga 100% dalam masa sesingkat 9 minit 30 saat sahaja. Lebih penting lagi, pengecas 240W itu turut disertakan dalam kotak dan ia mempunyai saiz yang sama dengan pengecas lain yang mempunyai kadar jauh lebih rendah.

    Selain itu, pengecasan selama 30 saat sahaja nampaknya sudah mencukupi untuk membuat panggilan telefon selama dua jam, memainkan muzik selama tiga jam dan menonton video selama sejam.

    Untuk mencapai kadar pengecasan 240W, pengecasnya dibuat dengan komponen dwi gallium nitride (double GaN) manakala dalam telefon pula terdapat tiga cipset pengecasan yang dimaksimakan. Selain itu, pengguna perlu mengecas dengan kabel 12A yang turut disertakan dalam kotak untuk mencapai kadar 240W.

    Walaupun dengan kadar pengecasan yang sangat tinggi, realme menekankan bahawa teknologi ini masih mempunyai taraf keselamatan yang ketat kerana ia mendapat pengiktirafan TÃœV Rheinland Safe Fast-Charge System Certification. Selain itu, kapasiti baterinya yang sebanyak 4,600mAh masih boleh mengekalkan kapasiti 80% walaupun selepas dicas sebanyak 1,600 kali.

    Selain daripada kadar pengecasan 240W, realme GT3 turut dilengkapi spesifikasi yang canggih seperti skrin AMOLED 6.74 inci dengan kadar segar semula 144Hz, cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 16GB dan storan dalaman 1TB.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX890, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP.

    Pilihan warnanya pula terdiri daripada warna ungu Racing Purple dan putih Pulse White. Perlu diingati bahawa ini bukan realme GT5 Pro yang baru dilancar di China pada minggu lalu. Sebenarnya, realme GT3 telah diperkenalkan di China pada bulan Mac lalu dan buat masa ini kami masih tidak mengetahui mengapa ia sampai sangat lambat ke pasaran Malaysia.

    Pada bulan Mac juga, kami diberi peluang untuk menemuramah Naib Presiden realme, Chase Xu, berkenaan kejayaan realme dalam menawarkan sebuah telefon dengan kadar pengecasan setinggi 240W dan bagaimana mereka melakukannya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing tawarkan Android 15 Beta 1 pada Phone (2a) tetapi bukan pada telefon andalannya

    Android 15 sedang menjana keterujaan dengan butiran lanjut dijangka daripada Google pada acara I/O yang akan datang. Menjelang pengumuman ini, beberapa pengeluar...

    Sony Xperia 10 VI dilancar: Telefon pertengahan dengan skrin OLED 21:9, SD 6 Gen...

    Selain melancarkan telefon pintar andalan Xperia 1 VI pada hari ini, Sony turut melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Sony Xperia 10 VI....

    Sony Xperia 1 VI dilancar: SD 8 Gen 3, OLED 120Hz, kamera dengan zum...

    Sony telah melancarkan telefon pintar andalannya (flagship) yang terbaru iaitu Sony Xperia 1 VI. Seperti telefon-telefon Xperia 1 sebelum ini, ia mempunyai...

    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 dilancar di Malaysia: Skrin 3K 144Hz, bateri 10,000mAh, cas...

    Pada hari ini, Xiaomi Malaysia melancarkan Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 iaitu sebuah tablet besar dengan skrin berukuran 12.4 inci dan boleh...

    Apple sekat lebih ~RM33 bilion dalam percubaan penipuan menerusi App Store

    Dalam tempoh empat tahun (2020-2023), Apple mengatakan bahawa mereka telah menghalang lebih $7 bilion (~RM33 bilion) dalam transaksi penipuan, menyekat 375,000 aplikasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X