fbpx
More

    ASUS ROG Phone 8 mungkin akan dilancar pada 8 Januari 2024

    ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kelengkapan gaming baharu untuk tahun hadapan pada 8 Januari 2024 jam 3:00 petang PST (9 Januari, 7:00 pagi waktu Malaysia).

    Seperti yang dilakukan setiap tahun, ROG akan mengumumkan produk-produk baharu seperti komputer riba, papan kekunci dan tetikus gaming dalam acara Consumer Electronics Show (CES) yang dianjurkan pada setiap Januari di Amerika Syarikat.

    Kini ASUS ROG turut memberi petanda bahawa telefon pintar gaming ASUS ROG Phone 8 akan turut dilancarkan pada hari yang sama. Biasanya, telefon ROG Phone tidak dilancarkan dalam acara CES kerana ia mempunyai acara pelancarannya yang berasingan, seperti yang berlaku untuk ROG Phone 7 sebelum ini. Mungkin ASUS ingin membuat kelainan pada tahun hadapan dan akan melancarkan telefon gaming terbaru itu di samping lain-lain kelengkapan gaming ROG.

    ASUS juga telah berkongsi gambar ringkas yang mengacah reka bentuk telefon itu, namun ia tidak boleh dilihat dengan jelas.

    Setakat ini, tidak banyak yang diketahui tentang ROG Phone 8, namun besar kemungkinan ia akan dilengkapi cipset telefon tercanggih oleh Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3. Selain itu, maklumat daripada penanda aras Geekbench sebelum ini melaporkan bahawa telefon itu boleh dilengkapi dengan RAM sehingga 24GB, sangat besar untuk sebuah telefon.

    Di samping ROG Phone 8, komputer riba gaming ROG Zephyrus G14 yang baharu juga dikhabar akan dilancarkan pada hari tersebut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ROG Phone 8 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HUAWEI Watch Fit 3 dilancar di Malaysia: Skrin AMOLED 1.82″, pelbagai fungsi kesihatan dan...

    Pada hari ini, HUAWEI Malaysia telah melancarkan jam tangan pintar yang terbaru iaitu HUAWEI Watch Fit 3. Ia merupakan peranti boleh pakai...

    Warna baharu diperkenalkan pada HUAWEI FreeClip & WATCH GT 4 tanpa kenaikan harga

    HUAWEI Malaysia telah melancarkan sepasang fon telinga wayarles stereo tulen (TWS) yang unik iaitu HUAWEI FreeClip dan HUAWEI WATCH GT 4 pada tahun...

    HUAWEI MateBook X Pro rasmi di Malaysia: Intel Core Ultra 9 & skrin OLED...

    HUAWEI baru sahaja melancarkan komputer riba nipis mereka iaitu HUAWEI MateBook X Pro untuk pasaran Malaysia. Tawaran menarik ini menjemput rakyat Malaysia...

    Kompilasi pelancaran telefon pintar di Malaysia pada April 2024: Telefon “Flip” dan “mid-range” baharu!

    Meskipun kita sibuk dengan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada bulan April lalu, itu tidak bermaksud industri telefon pintar tempatan...

    Ujian kelajuan rangkaian lanjutan 5G oleh DNB, ZTE, TM tersenarai dalam Malaysia Book of...

    Pada Oktober 2023, tiga syarikat teknologi telekomunikasi menjalankan ujian rangkaian 5G-Lanjutan menggunakan teknologi mmWave yang menunjukkan kelajuan pemindahan data sepantas 28Gbps oleh...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X