fbpx
More

    Siri vivo X100 sah akan dilancar untuk pasaran Malaysia

    vivo telah melancarkan siri telefon pintar andalan vivo X100 di China pada bulan November lalu dan kini vivo Malaysia mengesahkan bahawa siri telefon itu bakal dilancar untuk pasaran tempatan.

    Sungguh pun begitu, vivo Malaysia masih belum memperincikan tarikh pelancaran untuk siri vivo X100 di Malaysia. Kami menjangkakannya untuk dilancar pada bulan Januari 2024, namun kami masih perlu menunggu pengesahan daripada mereka. Memandangkan siri telefon sebelumnya, vivo X90, telah dilancar pada Februari tahun ini, kita boleh menjangkakan tempoh pelancaran yang serupa.

    Jika anda tidak kenal dengan siri vivo X100, ia terdiri daripada vivo X100 5G dan vivo X100 Pro 5G. Kedua-dua telefon ini dilengkapi cipset tercanggih oleh MediaTek iaitu MediaTek Dimensity 9300, manakala perbezaan utama antara vivo X100 dan vivo X100 Pro adalah daripada segi kamera dan bateri.

    vivo X100 dilengkapi kamera telefoto periskop 64MP yang boleh membuat zum optikal sebanyak 3x, manakala vivo X100 Pro dilengkapi kamera telefoto periskop 50MP yang boleh zum optikal sebanyak 4.3x.

    Sensor kamera utama juga agak berlainan daripada segi saiz sensor, di mana vivo X100 mempunyai sensor 50MP 1/1.49″ manakala vivo X100 Pro mempunyai sensor 50MP 1/0.98″ yang lebih besar daripada vivo X100.

    Kedua-duanya mempunyai kamera ultra-lebar 50MP dan teknologi lensa ZEISS untuk efek fotografi menarik.

    Daripada segi bateri, vivo X100 dilengkapi bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W, manakala vivo X100 Pro dilengkapi bateri yang lebih besar, 5,400mAh, namun dengan kadar pengecasan yang lebih rendah iaitu 100W dan pengecasan wayarles 50W.

    Anda boleh baca artikel pelancarannya untuk maklumat lanjut. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo Malaysia Facebook

     

    Artikel Terkini

    Ulasan HONOR 200 Pro – Telefon ‘power’ setanding ‘flagship’

    Siri HONOR 200 telah dilancarkan membawa dua jenis varian iaitu HONOR 200 dan HONOR 200 Pro. Di sini, saya akan mengulaskan varian...

    Kerajaan sasar ekonomi digital menyumbang 25.5% kepada KDNK pada 2025

    Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo mendedahkan bahawa kerajaan menyasarkan ekonomi digital menyumbang 25.5% kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Malaysia menjelang...

    Galaxy Unpacked: Pelancaran Galaxy AI dan peranti baharu pada 10 Julai 2024

    AI Galaxy bakal tiba menjanjikan untuk merevolusikan pengalaman mudah alih pada era terkini. Inovasi terbaru Samsung yang membawa AI Galaxy akan meningkatkan...

    ChatGPT kini tersedia pada beberapa model Volkswagen

    ChatGPT kini tersedia pada banyak model Volkswagen termasuk semua kenderaan dalam siri elektrik ID, Golf baharu, Tiguan dan Passat. Integrasi ini hanya...

    Video promosi dedahkan CMF Phone 1 hadir dengan plat belakang yang boleh ditanggal

    CMF Phone 1 oleh Nothing dijangka akan dilancarkan dengan sistem tambahan suai iaitu Nothing Lock, seperti yang didedahkan dalam video terbaru yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X