fbpx
More

    REDMAGIC 9 Pro rasmi di Malaysia: SD 8 Gen 3 & penyejukan ICE 13 bermula RM2,949

    REDMAGIC memperkenalkan REDMAGIC 9 Pro yang menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 3, reka bentuk belakang rata tanpa bonggol kamera dan sistem penyejukan ICE 13 yang ditingkatkan untuk permainan tanpa gangguan.

    Dengan RAM sehingga 16GB dan storan 512GB, telefon ini dapat mengendalikan pelbagai tugas dengan lancar yang disokong oleh bateri dwi sel 6,500mAh dan pengecasan pantas 80W yang menawarkan sehingga 56 jam penggunaan. Paparannya memberikan kadar segar semula 120Hz untuk meningkatkan visual game dan Shoulder Triggers 520Hz dengan lampu yang boleh disesuaikan menambah pengalaman gaming.

    Cipset Snapdragon 8 Gen 3 memastikan prestasi yang pantas, sementara skrin rata FHD+ BOE Q9+ 6.8 inci memberikan paparan yang hidup dan lancar. Peranti ini mempunyai reka bentuk belakang yang menarik, lampu yang boleh disesuaikan dan bersifat mesra mata. Pensijilan Bunyi DTS:X Ultra menyediakan pengalaman audio yang memikat dengan pembesar suara berganda.

    Sistem Penyejukan ICE 13 10 lapisan memastikan prestasi optimum walaupun semasa permainan yang sengit. Tersedia dalam tiga reka bentuk, Snowfall, Sleet dan Cyclone dengan pilihan RAM 12GB + 256GB dan RAM 16GB + 512GB, REDMAGIC 9 Pro direka khas untuk para gamers kerana ia menawarkan visual yang menakjubkan, bunyi berkualiti tinggi dan pengalaman gaming yang mendalam.

    Untuk memudahkan anda, berikut adalah spesifikasi ringkas REDMAGIC 9 Pro:

    • Cipset Snapdragon 8 Gen 3
    • RAM sehingga 16GB dan storan 512GB
    • Skrin rata FHD+ BOE Q9+ 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz
    • Kamera 50MP (Samsung GN5) OIS, lebar 50MP (Samsung JN1) dan makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • REDMAGIC OS 9.0
    • Bateri dwi sel 6,500mAh dan pengecasan pantas 80W
    • Spesifikasi lain: Pembesar suara stereo Magic Sound, 3 mikrofon terbina, NFC, bicu audio 3.5mm dan sambungan Wi-Fi 7
    • Harga bermula RM2,949

    REDMAGIC OS 9.0 meningkatkan pengalaman bermain dengan ciri-ciri seperti GameSpace, SuperBase, Game Space Center, dan Energy Cube. Bagi menyambut pelancaran ini, REDMAGIC Malaysia menawarkan promosi eksklusif potongan harga RM750 dari 1 hingga 8 Januari 2024 dan boleh didapati di REDMAGIC Official Shopee Store.

    Nantikan dan layari laman web REDMAGIC, Facebook REDMAGIC Malaysia (REDMAGIC Malaysia MY) dan Instagram (redmagic.my) untuk lebih banyak kemas kini yang mengejutkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X