More

    Pra-tempahan Apple Vision Pro kini dibuka, akan dijual bermula 2 Februari 2024 berharga ~RM16,500

    Apple telah mengumumkan set kepala realiti mayanya (VR) yang pertama, Apple Vision Pro, pada bulan Jun 2023 dan kini para pelanggan di Amerika Syarikat (AS) sudah boleh membuat pra-tempahan untuk produk tersebut.

    Ia akan mula dijual secara rasmi pada 2 Februari 2024 dengan harga bermula daripada USD3,499 (~RM16,500) untuk storan 256GB, USD3,699 (~RM17,440) untuk 512GB dan USD3,899 (~RM18,380) untuk storan 1TB. Pelanggan di AS juga dibenarkan untuk membuat bayaran ansuran bulanan selama setahun dengan Apple Card.

    Sempena pembukaan untuk pra-tempahan Vision Pro, Apple telah memuat naik sebuah video berdurasi 10 minit yang menunjukkan penggunaannya secara ringkas. Anda boleh lihat sendiri bagaimana ia boleh memaparkan pelbagai bentuk kandungan multimedia seperti gambar dan video, serta penggunaannya bersama peranti-peranti Apple yang lain seperti iPhone dan MacBook.

    Sebelum membuat pra-tempahan, anda perlu membuat ukuran untuk penutup cahaya di sekeliling mata (light seal) dan tali pemakai di kepala (head band), dan ia boleh diukur dengan menggunakan iPhone atau iPad yang dilengkapi Face ID. Anda juga boleh pilih untuk dapatkan dua jenis lensa Zeiss tambahan (inserts) dalam Vision Pro, sama ada Readers Inserts berharga USD99 (~RM470) atau Prescription Inserts berharga USD149 (~RM710).

    Pelanggan juga boleh mendapatkan pelan perlindungan AppleCare+ untuk produk ini pada harga USD499 (~RM2,360) untuk perlindungan kerosakan yang tidak disengaja, perkhidmatan penggantian segera dan akses 24/7 kepada pakar-pakar Apple.

    Dalam kotak, Vision Pro akan turut datang bersama tali pemakai, kusyen penutup cahaya, kain lap, bateri, kabel USB-C dan pengecas 30W. Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan fungsi Vision Pro, anda boleh baca artikel pelancarannya di sini.

    Aksesori yang diterima dalam kotak Apple Vision Pro

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured