More

    Yes lancarkan pelan P-Hailing RAHMAH, data 150GB bermula RM35/bulan

    Bersempena dengan inisiatif Pakej P-Hailing RAHMAH oleh kerajaan, Yes telah mengumumkan lima pilihan pelan khas untuk semua pemandu dan penunggang P-Hailing Malaysia. Harga permulaan ialah RM35/bulan (Power 35) dengan 150GB data mudah alih 5G + 4G.

    Selain pelan termurah yang kami nyatakan, selebihnya ialah pelan yang mempunyai data 5G + 4G tanpa had, panggilan tanpa had, kelajuan tanpa had dan data hotspot berasingan. Yes turut menawarkan telefon 5G terpilih pada harga diskaun.

    Berdasarkan poster promosi, peranti vivo Y27 5G, OPPO A79 5G dan HONOR 90 Lite 5G akan ditawarkan serendah RM200 sahaja. Pemandu dan penunggang P-Hailing yang berminat untuk mendaftar pakej Yes perlu berumur 18 tahun dan ke atas untuk layak.

    Kepada yang layak, anda boleh memohon di laman web Yes Business, kedai dalam talian Yes, aplikasi MyYes, Kedai Yes atau peniaga sah Yes sehingga 31 Mac 2024. Anda juga boleh menggunakan nombor yang sama. Anda perlu menyemak liputan Yes 5G di kawasan anda untuk mengoptimumkan penggunaannya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured