More

    Siri Google Pixel 8 hadir dengan warna Mint baharu, ciri penjejakan suhu badan turut dilancar

    Google telah melancarkan varian warna Mint baharu untuk telefon pintar siri Pixel 8. Penambahan ini mengikuti pelancaran asal warna Pixel 8 dalam Obsidian, Hazel, Rose dan Pixel 8 Pro dalam Obsidian, Bay, Porcelain. Pengenalan warna Mint telah diumumkan sebagai sebahagian daripada kempen ‘Tahun baharu, penyegaran produk’.

    Spesifikasi lain walau bagaimanapun tidak berubah. Selain itu, Pixel 8 Pro akhirnya menerima ciri penjejakan suhu badan manusia yang telah lama ditunggu-tunggu. Berdasarkan nota rasmi, ia adalah ciri gred perubatan jadi ia mungkin telah menerima kelulusan FDA secara rasmi.

    Dalam kemas kini terbaharu, pengguna Pixel 8 Pro mendapat akses kepada aplikasi Termometer untuk mendapatkan imbasan suhu di dahi mereka. Aplikasi ini malah membolehkan anda menyimpan keputusan pada profil Fitbit untuk membolehkan penjejakan kesihatan yang lebih baik.

    Penderia boleh mengukur suhu badan manusia menggunakan pancaran inframerah yang dipancarkan dan boleh mengambil haba sehingga 200 darjah Celsius hingga -20 darjah Celsius. Perlu diingat bahawa masih tidak jelas sama ada ciri ini adalah tepat sepenuhnya untuk manusia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Google 1|2

     

    Artikel Terkini

    HOVERAir Versa dilancar — Kamera poket 2-dalam-1 boleh bertukar jadi dron

    HOVERAir melancarkan HOVERAir Versa iaitu peranti hibrid 2-dalam-1 yang menggabungkan fungsi kamera poket dan dron terbang. Peranti ini disifatkan sebagai kamera poket...

    Pemeriksaan kenderaan Puspakom kini lebih pantas dengan bantuan AI

    Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) memperkenalkan sistem pemeriksaan kenderaan baharu yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI). Sistem yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat tempatan Keymag...

    Universiti Malaya uji bateri terpakai BMW EV sebagai stesen pengecas solar

    BMW Group Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) telah memasang stesen pengecas peranti mudah alih kuasa solar yang menggunakan bateri kenderaan elektrik...

    MyGOV Malaysia integrasi Agentic AI, sistem kerajaan kini lebih efisien

    Kementerian Digital memperkenalkan teknologi Agentic AI dalam aplikasi MyGOV Malaysia yang mengubahnya daripada sekadar hab perkhidmatan kepada pembantu digital yang mampu memahami...

    Siri HONOR Pad 20 bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi

    HONOR bakal melancarkan siri Pad 20 di pasaran Malaysia berikutan kejayaan mereka mengekalkan kedudukan sebagai jenama tablet Android nombor satu di Malaysia...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured