More

    Galaxy AI tidak akan ditawarkan kepada telefon Samsung yang dilancar sebelum 2023

    Dengan pelancaran siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S24 pada bulan ini, Samsung telah memperkenalkan Galaxy AI iaitu sebuah koleksi ciri-ciri canggih yang berdasarkan teknologi kecerdasan buatan (AI).

    Walaupun ia sudah diperkenalkan dalam siri Galaxy S24, ia akan turut ditawarkan kepada pemilik peranti-peranti Samsung lain seperti Samsung Galaxy S23, Samsung Galaxy S23+, Samsung Galaxy S23 Ultra, Samsung Galaxy S23 FE serta telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold5 dan Samsung Galaxy Z Flip5. Selain telefon, siri tablet Samsung Galaxy Tab S9 juga akan menerima Galaxy AI.

    Sungguh pun begitu, telefon Samsung yang dilancar pada 2022 dan tahun-tahun sebelumnya tidak akan menerima kemas kini untuk mendapatkan Galaxy AI. Ini termasuklah Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra.

    Menurut Ketua Pengalaman Pengguna Samsung, Patrick Chomet, Samsung telah berusaha keras untuk memperkenalkan Galaxy AI dalam siri Galaxy S24 dan kini syarikat itu ingin memperkenalkannya dalam siri Galaxy S23 pula untuk separuh awal tahun ini. Mereka ingin menumpukan pada telefon 2023 sahaja setakat ini bagi menyediakan kualiti dan prestasi yang boleh dinikmati oleh para pengguna.

    Siri Samsung Galaxy S24

    Setakat ini, mereka masih tidak pasti tentang tahap penggunaan AI oleh para pengguna dan bagaimana ia akan memberi impak terhadap kebolehan peranti Samsung yang lama dan sistem awanannya (cloud). Oleh yang demikian, mereka ingin fokus pada siri Galaxy S23 dan peranti 2023 sahaja buat masa ini.

    Jika anda masih tidak tahu tentang Galaxy AI, ia menyediakan pelbagai fungsi-fungsi inovatif seperti penterjemahan langsung sewaktu membuat panggilan dan menulis mesej, Circle to Search with Google dan banyak lagi. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut mengenainya.

    Penterjemahan mesej teks yang dilakukan oleh Galaxy AI

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechRadar

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured